Ramai rindu penampilan semula Rafizi Ramli

Ramai rindu penampilan semula Rafizi Ramli

Sudah pasti saya antara ribuan rakyat dan penyokong Parti Keadilan Rakyat serta Pakatan Harapan yang mahu melihat dan sentiasa menunggu Saudara Rafizi Ramli untuk aktif semula dalam bidang politik.

Selepas Langkah Sheraton, kini KEADILAN sedang dalam proses pembersihan saki baki pengkhianat yang tinggal. Parti ini semakin kuat apabila melepasi angka 1 juta keanggotaan dan satu-satunya parti yang mempunyai 222 Cabang di semua kawasan Parlimen.

Beberapa bulan yang lalu, surat terbuka saya kepada Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat agar Saudara Rafizi Ramli dilantik sebagai Timbalan Presiden telah mengingatkan kita semua sokongan yang tinggi kepada susuk tubuh Rafizi dalam kalangan rakyat.

Apabila kami turun ke bawah soalan yang sering dilontarkan kepada kami adalah bila Rafizi akan kembali ke gelanggang politik. Mereka ingin melihat gandingan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli yang boleh menggugat lawan.

Inisiatif yang dilakukan oleh Saudara Rafizi Ramli dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak muda dan mereka yang sedang menganggur melalui https://adnexio.jobs/ sudah pasti akan menjadi platform untuk rakyat mendapatkan pekerjaan.

Walaupun kehadiran semula Rafizi Ramli akan memberikan semangat dan kekuatan baru kepada parti dan rakyat tetapi saya berpendapat ruang serta masa yang sewajarnya harus diberikan kepada beliau untuk kembali semula ke arena politik yang penuh berliku.

09 SEPTEMBER 2020

Prasanth Kumar Brakasam
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka

Sumber :

COMMENTS