Ramai pengguna tol panik bila baki touch n go tak cukup, rupanya ramai tak tahu fungsi sebenar Intercom

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Sebelum memulakan perjalanan, kita biasanya memastikan semua kelengkapan berada dalam keadaan baik.

Pada 5 November 2019, lorong tambah nilai Touch ‘n Go juga telah ditutup,

menyebabkan kebimbangan bagi mereka yang mungkin tidak mempunyai baki yang mencukupi.

Baru-baru ini, media sosial kecoh apabila seorang pengguna Twitter berkongsi mengenai

kepentingan butang interkom jika baki kad Touch ‘n Go tidak mencukupi.

Ramai pengguna tol panik bila baki touch n go tak cukup, rupanya ramai tak tahu fungsi sebenar Intercom

Menurut perkongsian tersebut, jika anda menekan butang interkom di plaza tol, seorang pekerja akan datang untuk membantu.

Pegawai PLUS juga menegaskan agar tidak membahayakan nyawa dengan melintas dari lorong ke lorong kerana ini bertentangan dengan SOP PLUS.

Namun, perkongsian ini menarik perhatian ramai. Rata-rata netizen melaporkan bahawa walaupun mereka telah menekan butang interkom,

tiada pekerja plaza tol yang datang, dan mereka terpaksa keluar dari kereta untuk pergi ke pondok tol yang mempunyai jurutol.

BACA: Whatsapp bakal perkenal ciri baharu, beri banyak kelebihan pada ‘admin’