Peti sejuk adalah salah satu perkakas elektrik yang wajib ada di dalam setiap rumah tidak kira bagi individu bujang atau yang sudah berkeluarga.
Manakan tidak, ia sangat diperlukan untuk menyimpan makanan mentah atau yang dimasak agar lebih tahan lama.
Apabila membeli peti sejuk, setiap orang mempunyai citarasa yang tersendiri mengikut bajet yang telah ditetapkan.
Tidak cuma itu, biasanya saiz ruang untuk meletakkan perkakas itu juga akan dipertimbangkan terlebih dahulu agar ia tidak menghalang laluan dan membuatkan ruang menjadi lebih sempit.
Bahkan ada sesetengah pintu peti sejuk yang susah untuk dibuka kerana terhalang dengan dinding atau perkakas yang lain. Nak dipindah ke tempat lain sudah tidak muat, sudahnya dibiarkan saja ia di situ.
Bagi yang menghadapi masalah tersebut, korang sebenarnya hanya perlu mengubah kedudukan arah pintu sejuk itu. Macam tidak masuk akal bukan? Tapi ia sememangnya boleh dilakukan.
@sayazuhri Senarnya arah buka pintu sejuk boleh ubah. #fyp #learnontiktok #fypp #foryou ♬ original sound – zuhrimohd – Zuhri Mohd
Ia dibuktikan oleh seorang juruteknik, Zuhri Mohd, yang memuatnaik video cara-cara untuk mengubah arah buka peti sejuk di TikTok miliknya.
Menerusi video itu, Zuhri menunjukkan satu persatu langkah yang perlu dilakukan untuk mengubah arah peti sejuk itu iaitu bermula dengan membuka skru di bahagian pintu perkakas itu. Nak cerita panjang pun mungkin korang takkan faham, jom tengok video Zuhri di bawah ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata mereka selama ini tidak tahu pintu peti sejuk boleh diubah.
BACA: Bukan bendera biasa, ada rahsia rupanya disebalik bendera Malaysia yang ramai tak tahu