Ramai kena tipu dengan ulat jual tiket konsert, sekali lain pula jadi dengan pengantin ini tiket konsert Coldplay dijadikan mas kahwin.
DI tengah-tengah kehangatan isu membabitkan tiket konsert band Coldplay,
satu majlis perkahwinan menjadi viral di media sosial kerana pengantin lelaki memberikan isterinya tiket konsert band rock alternatif popular British itu sebagai mas kahwin.
Video ketika upacara akd nikah pasangan berkenaan menjadi viral selepas dimuat naik oleh akaun Twitter @fhfndtaaa.
Jelas kedengaran bait-bait yang dilafazkan bapa pengantin perempuan saat menggengam tangan pengantin lelaki.
“Saya nikahkan dan saya kahwinkan anak kandung saya Anastasya Ayu Widiadana dengan kamu dengan mas kahwin 21 gram logam mulia (emas), satu set persalinan solat dan tiket Coldplay yang dibayar tunai,” lafaz bapa pengantin perempuan.
“Saya terima nikah Anastasya Ayu Widiadana binti Ahmad dengan mas kahwin tersebut secara tunai,” lafaz pengantin lelaki pula.
Bagaimanapun pemilik akaun tidak menyatakan lokasi majlis perkahwinan tersebut.
Seperti yang diketahui, Coldplay akan mengadakan konsert siri jelajah Music of The Sphere World Tour (MOTSWT) di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) Jakarta pada 15 November 2023.
BACA:
Tunggu turn dapat kereta sampai 8 bulan, sekali lain pula jadi lepas 2 jam dapat kereta