‘Ramai ibu yang belum sedar atau tak tahu bawa bayi macam ni tak sesuai and tak elok’

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Lately ni banyak betul jumpa parents yang carry anak dalam carrier non ergonomic and facing forward .

Ramai parents yang belum sedar atau tak tahu yang non ergonomic carrier and facing forward macam dalam gambar ni tak sesuai and tak elok untuk baby

Pagi tadi terjumpa satu family , bapaknya pakai carrier tapi baby facing forward mcm tergantung position baby tu .

‘Ramai ibu yang belum sedar atau tak tahu bawa bayi macam ni tak sesuai and tak elok’

Kalau lah baby kecil tu boleh bercakap mesti dia akan bagi tahu yang dia tak selesa dengan position macamtu .

Kita dulu pun zero knowledge bab carrier ni semua . Ada jugak beli carrier hipseat which is kita fikir ohh mesti baby selesa duduk dalam ni . Bila dah belajar gali ilmu rupanya hipseat tu tak sesuai untuk baby .

Tulang baby tu dah la lembut . Kesan penggunaan jangka masa panjang boleh effect tulang belakang baby .

Kadang kalau ternampak dekat airport memang kita hati kering je tegur and bagi tahu parents . So far semua okay and ada jugak yang cakap saya tak tahu pun. Those yang tak tahu tu ok la tak apa .

Mana yang dah tahu tapi still do the same way harap dapat ubah cara . Kadang rasa macam nak je buat flyers regarding ergonomic carrier and the best position to carry your baby in carrier .

Hip seat carrier tak disarankan untuk pakai ye. Carilah carrier yang ergonomic . Sekarang ada macam macam jenis ergonomic carrier dengan harga mampu milik . Carrier aisy yang mommy pakai sekarang pun mommy beli preloved je . Atau boleh sewa dulu sebelum beli .

The best position baby dalam carrier mestilah M shaped . Kalau kaki baby terlunjur tergantung memang tak boleh ye .

So parents , please lah aware and prihatin tentang kedudukan bayi di dalam carrier . Kesian baby duk dalam carrier tapi tak selesa .

Rajin rajin kan diri gali ilmu and search apa tu hip dysplasia . Jangan sebab nak harga murah tapi lupa tentang keadaan dan keselesaan bayi sendiri .

Antara carrier yang ergonomic parents boleh cari and beli is cuddle me , tugeda , nana (rasanya yang ni harga mampu milik) . Nak yang mahal lagi ada ergobaby dan lain lain .

Boleh jugak join group Malaysian Babywearers Malaysian Babywearers (Official) utk gali ilmu ttg baby wearing .

Untuk sebarang pembelian carrier, boleh contact pihak Tugeda Carrier .

Update : posting ni dah lama , anak yang dalam carrier tu pun dah 5y. Tapi sekarang turn baby kecik pula duduk dlm carrier.

BACA :“Dibuai dunia cinta. Aku jadi lebih teruk bila ibu ayah bermasalah. Aku memberontak kononnya. Hingga lah aku terima akibatnya”