Rakyat Malaysia mula bimbang keadaan ekonomi negara

Oleh MHDAILY

Majoriti rakyat Malaysia nampaknya terus hidup dalam keadaan tidak yakin berkait daya maju ekonomi negara dan kemampuan kerajaan memimpin negara ke arah yang betul.

Itu dapatan tinjauan pendapat suku keempat 2020 yang dilakukan EMIR Research pada Disember tahun lalu melibatkan 1,976 responden.

Menurut laporan yang dikeluarkan hari ini, lima daripada setiap 10 responden menyatakan bahawa mereka tidak pasti sama ada negara berada di landasan yang benar, kemampanan hala tuju ekonomi serta kemampuan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara.

Baca Artikel Penuh