Rakyat Malaysia berebut daftar Vaksin, lebih setengah juta pendaftaran

Oleh MHDAILY

Sejak pendaftaran vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi melalui aplikasi MySejahtera semalam, seramai 637,000 individu telah mendaftar sebagai penerima menerusi medium tersebut setakat 9 malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Mahesh Appannan berkata pada masa ini aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai Covid-19 termasuk program vaksinasi.

“Aplikasi MySejahtera sekarang mempunyai hampir 21 juta pengguna unik dan mereka semua aktif, setiap hari kita dapat hampir 18 hingga 20 juta check-in. Itu menunjukkan banyak interaksi dan penggunaan MySejahtera dalam kalangan rakyat.

Baca Artikel Penuh