Rakyat Malaysia akui penat bekerja di Singapura wang simpanan RM1.2 juta tak tahu nak buat apa

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Bekerja di Singapura sememangnya menjamin kepuasan kerana gaji yang lebih tinggi dan lumayan.

Walaupun hanya bekerja sebagai pekerja pembersihan, nilainya yang diterima berlipat kali ganda berikutan mata wang dolar Singapura lebih kukuh berbanding ringgit.

Namun banyak cabaran getir apabila bergelar RUN SGD, iaitu golongan yang berulang-alik antara dua negara setiap hari untuk mencari rezeki di Republik itu.

Rakyat Malaysia akui penat bekerja di Singapura wang simpanan RM1.2 juta tak tahu nak buat apa

Selain terpaksa bangun awal pagi, mereka juga perlu berdepan dengan kesesakan lalu lintas, termasuk berhimpit-himpit sekiranya menaiki pengangkutan awam.

Rakyat Malaysia berulang-alik bekerja di Singapura.

Bagi seorang rakyat Malaysia, dia akhirnya menyedari betapa penatnya bekerja di negara jiran itu selepas dua dekad mencari rezeki.

Menerusi satu hantaran di grup Facebook, lelaki berusia 42 tahun itu berkata, dia mula bekerja di Singapura pada 2003.

Tanpa berselindung, dia turut mendedahkan baki akaunnya di Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang berjumlah S$354,258 iaitu bersamaan dengan RM1.24 juta!

Untuk rekod, CPF berfungsi seperti skim perlindungan dan keselamatan sosial pekerja termasuk simpanan persaraan.

“Jika CPF anda dah terkumpul sebanyak ni, apakah yang perlu anda lakukan? Saya masih memikirkan apa perlu buat dengan nilai ini sebab saya sudah tak larat kerja di Singapura dan ulang-alik setiap hari.

“Nak berhenti kerja pun sayang sebab dengan jawatan sekarang sebagai jurutera dan gaji S$5,000 (RM17,618). Bila lihat jumlah yang ada, terasa nak keluarkan dan nak merasa hasil kerja di Singapura selama ini selagi diri masih sihat,” katanya.

Membuat semakan baki akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF).

Di ruangan komen, dia turut mempersoalkan tentang apa yang perlu dilakukannya sepanjang ‘persaraannya’ di Malaysia.

“Kalau balik Malaysia pula tak tahu nak buat apa sebab saya habiskan usia muda kerja kilang di Singapura. Nak minta pandangan isteri, tiada. Orang tua pula suruh fikir sendiri.

“Rancangan asal nak kerja sampai usia 55 tahun, tapi bila kena promote (kenaikan pangkat) terasa stres dengan bebanan kerja. Itu yang kena cari pilihan lain sebelum sakit kronik datang,” ujarnya yang masih bujang.

Pada masa sama, dia memberi gambaran tidak akan menggunakan wang yang terkumpul itu untuk hartanah kerana tidak mampu untuk mengusahakannya selain melibatkan modal tinggi.

Lelaki ini masih bujang dan mencari calon isteri.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengesyorkan supaya lelaki berkenaan melakukan bisnes dan membeli hartanah, serta sudah tiba masa sama berehat dan mencari kebahagiaan setelah berpuluh tahun penat bekerja.

“Boleh buat saham akhirat sama. Cari kebahagiaan, dekatkan diri dengan Tuhan. Pergi healing menikmati ciptaan Tuhan dan berbakti kepada yang perlu.

“Enjoy kehidupan. Sampai bila nak jadi hamba duit? Sebab dengan simpanan atau CPF abang tu dah boleh sangat fikir pasal hari tua pula,” komen netizen.

Lelaki itu turut dicadangkan mendirikan rumah tangga, malah segelintirnya turut menawarkan diri sebagai isterinya.

“Kahwin bang, sudah tiba masanya untuk settle down.

“Abang belum berkahwin? Saya, hantaran tak perlu. Kahwin tak payah buat mewah, ikut abang je. Asal abang tak penat mencari cinta, ni cinta datang sendiri,” kata beberapa netizen.

BACA: ‘Tahun 2024 ini, kalau boleh jimat kita jimat’, Ini resipi ayam goreng ala KFC masak guna air fryer pun boleh!