Rak penyimpanan patah, lelaki maut dihempap ribuan keju

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Rak penyimpanan patah, lelaki maut dihempap ribuan keju

lelaki maut selepas dihempap beribu bongkah keju di sebuah gudang keju di wilayah Lombardy, Itali, pada Ahad.

Menurut pihak berkuasa, Giacomo Chiapparini, 74, tertimbus di bawah timbunan bongkah keju selepas salah satu rak di tempat penyimpanan itu patah.

Rak penyimpanan patah, lelaki maut dihempap ribuan keju

Setiap bongkah keju boleh mencecah 40 kilogram dan mayat mangsa hanya ditemui selepas 12 jam pencarian.

Gudang tersebut yang terletak di Romano, kira-kira 50km dari Milan, mengandungi sejumlah 25,000 bongkah keju Grana Padano, keju keras yang menyamai Parmesan dan sangat popular di Itali.

Kos kerugian dianggarkan berjumlah 7 juta Euro (RM35 juta).

BACA: Isteri dari neraka, wanita ini tergamak cuba bunuh suami demi dapatkan pampasan insuran