Zaman sekarang jika dilihat di kaca televisyen, mula muncul muka-muka baru menghiasi drama mahupun telefilem yang ada di Malaysia.
Tapi yang menjadikan ia bosan, apabila muka sama memainkan watak utama dalam drama berbeza seolah-olah hanya mereka sahaja pelakon yang ada dalam industri.
Buat pelakon dan pengarah, Raja Azrey mendedahkan bahawa namanya sering ditolak sejak tujuh tahun lalu oleh produksi TV lapor Harian Metro.
“Saya masih meminati bidang lakonan tetapi tawaran pula berkurangan.
Bila saya tanya produksi, mereka cakap nama saya tak lepas untuk tapisan.
“Saya pun tidak tahu kenapa penerbit tidak mahu mengambil saya berlakon dan nampaknya mereka lebih suka mengambil ‘TikToker’ dalam projek mereka,” katanya.
Pada masa sama pelakon berusia 46 tahun itu memaklumkan, sebagai ‘senior’ dia hanya meletakkan harga berdasarkan pengalaman selama tiga dekad dalam industri lakonan.
“Saya ada dapat tawaran berlakon tapi bayarannya pula ‘mengarut’ dan nampaknya mereka lebih suka mengambil pelakon baru.
“Sebab itu, saya putuskan untuk buat program dan anjurkan kelas lakonan sendiri melalui Akademi Raja Azrey (ARA) yang ditubuhkan sejak 2019.
“Saya beritahu isteri, sudah jumpa formula untuk program yang mahu dibuat dan kalau satu hari nanti orang tidak mahu tawarkan berlakon, saya berlakon dalam produksi sendiri,” katanya.
Jikalau dulu dia akan mengambil apa sahaja watak diberikan, Raja Azrey mendakwa dirinya lebih mementingkan naskah kini.
“Saya tak kata diri ini bagus tapi sampai masanya untuk memilih skrip yang boleh beri impak pada lakonan.
“Kalau dulu, saya ambik saja tawaran yang datang. Tapi sekarang saya mahu tengok skrip terlebih dahulu,” ujarnya.
Baca juga: SPRM mula geledah pejabat YTL, siasat 1BestariNet buat Muhyiddin goyang?