Biasanya kalau nak masak nasi goreng, mesti guna nasi yang sejuk atau biar semalaman dalam peti ais sebab nak tekstur nasi berderai.
Tapi ada masa tengah lapar dan lauk pula tak siap maka ramai nak jadikan ia nasi goreng, rupanya tak ada masalah pun.
Cuma kena masukkan satu bahan ini, ikuti perkongsian video yang dikongsi pengguna X, Cikgu_Anep.
Tip biar nasi panas berderai
Bahan-bahan:
BerasAir
Minyak masak
Cara-cara:
1. Masak beras ikut sukatan yang anda mahu dan basuh hingga bersih.
2. Pastikan sukatan beras dan air adalah sama. Jika dua cawan beras maka dua cawan air. Jangan lebih jangan kurang.
3. Ini langkah penting, masukkan setengah cawan minyak masak ke dalam beras dengan air dan gaul ia. (Bergantung pada berapa cawan beras, minyak jangan terlebih).
4. Masak nasi dalam periuk seperi biasa.
Tips yang nampak macam tak penting sampailah kita memerlukannya✋ pic.twitter.com/65oCpmTVpj
— Cikgu_Anep (@Cikgu_Anep) September 27, 2024
Komen netizen:
Rata-rata netizen mengakui sudah lama amalkan masuk minyak masak ke dalam beras sebelum dimasak.
“Dah lama amalkan untuk makan sendiri, masukkan beberapa titis minyak kelapa dara dan sedikit garam. Nasi rasa lebih sedap.
“Aku lama dah buat benda ni, masa kecil dulu memang suka tengok Gordon Ramsay masak. Bukan setakat minyak, aku letak bawang putih merah sekali and letak garam sikit biar nasi ada rasa.
“Abang ni dah melawan hukum rahsia kedai makan. Moga rezeki lancar selalu orang baik,” antara komen netizen.
Baca juga: 32 tahun terlepas pandang, tugu sejarah tersilap nama pahlawan negara