Seperti yang diketahui umum, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru sahaja diumumkan minggu lepas.
Keputusan tersebut telah mengejutkan seluruh Malaysia apabila Maahad Tahfiz Negeri Pahang menduduki tempat pertama dalam keputusan SPM yang paling cemerlang.
Sedikit sebanyak mengenai pendidikan tahfiz, Maahad Tahfiz ini merupakan sebuah institusi pendidikan kerajaan negeri yang disediakan untuk anak-anak Pahang yang berumur 4 tahun ke atas.
Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) ditubuhkan selepas mendapat titah Diraja dari Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang.
“Sebuah akademi Al-Quran bertujuan untuk melahirkan para hafiz dan juga qari, qariah yang berwibawa memandangkan Pahang tidak mendapat tempat yang baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dalam Majlis Tilawah Al-Quran.
“Sesi pembelajaran Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat (MTQP) telah dimulakan pada tahun 1996 di Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan. Semua pelajar batch pertama mendapat biasiswa dari Yayasan Pahang,” tulisnya.
YAB MB Pahang ketika itu, Tan Sri Adnan Yaakob telah bersetuju agar Yayasan Pahang membina dan menubuhkan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dengan kampus yang lengkap di atas tanah Yayasan Pahang seluas 8.7 ekar di Tanjung Lumpur, Kuantan dengan peruntukan sebanyak RM10.73 juta.
Kerja-kerja pembinaan kampus telah bermula pada 6 September 2004 dan siap pembinaannya pada 13 November 2005. Pelajar mula berpindah masuk pada 1 Julai 2007.
Rahsia kecemerlangan pelajar Maahad Tahfiz Pahang
Anak-anak mula menghafal surah pilihan sejak dari kecil. Kebiasaannya, ibu bapa menghantar anak mereka sejak berumur 4 tahun.
Selepas itu, anak-anak boleh memohon untuk memasuki Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang.
Pendekatan yang diberikan termasuk Hafazan 30 Juzu’ Al Quran dalam tempoh 6 tahun, KSSR, KAFA, persekitaran mesra Bahasa Arab & Inggeris, kemahiran bahasa & berkomunikasi, dan aktiviti kokurikulum yang eksklusif.
Perjalanan ke MTNP dan seterusnya menjadi mudah jika anak-anak didedahkan dengan Al Quran sejak dari kecil. Modul ini sepatutnya diguna pakai di seluruh negeri di Malaysia.
Dalam satu ciapan lain, seorang lagi pengguna X mendedahkan terdapat tiga tahap untuk masuk ke Maahad Tahfiz.
BACA: Tidak akan didakwa merogol, Ust Ebit Lew tetap akan saman Caprice