Pihak berkuasa kini sedang memburu seorang guru sekolah menengah yang didakwa memasang kamera pengintip di tandas pelajar perempuan.
Menurut laporan Bombo Radyo, Timbalan Komander Meja Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak di Balai Polis Perbandaran Alimodian, P02 Vivian Alingalan,
Beliau memaklumkan bahawa guru berkenaan telah berhenti hadir bertugas di Sekolah Tinggi Sinamay.
Insiden itu terbongkar pada hari Rabu apabila seorang pelajar menemui kamera tersebut
selepas terlihat cahaya yang berkelip ketika dia menggunakan tandas, lapor ABS-CBN News.
Pelajar itu hampir terlepas pandang kamera kecil yang tersembunyi di bawah sinki tandas kerana saiznya yang hanya sebesar duit syiling.
Identiti Suspek Dapat Dikesan
Suspek mungkin tidak menyangka identitinya boleh dikenal pasti sekiranya kamera itu ditemui. Namun, rakaman daripada kamera tersebut menunjukkan wajahnya ketika memasang peranti itu. Selain itu, terdapat juga rakaman dua pelajar perempuan lain yang sedang menggunakan tandas.
Guru berkenaan turut didakwa mengarahkan pelajar-pelajarnya untuk berdiri di atas mangkuk tandas ketika kencing, menambahkan lagi kecurigaan terhadap tindakannya.
Siasatan dan Kemungkinan Pertuduhan
Selain pihak polis, Jabatan Pendidikan Filipina turut menjalankan siasatan berhubung kejadian ini, menurut laporan ABS-CBN News.
Setakat ini, kes terhadap guru itu masih belum difailkan kerana pihak berkuasa sedang mengumpul keterangan daripada pelajar.
Namun, jika disabitkan bersalah, dia boleh dikenakan tuduhan melanggar Akta Anti-Voyeurism dan Akta Anti-Penderaan Kanak-kanak. Guru tersebut juga mungkin berdepan tindakan pentadbiran.
Kes Serupa Sebelumnya
Dalam perkembangan lain, bulan lalu seorang lelaki di Filipina mengaku memasang kamera GoPro di bilik mandi untuk merakam rakan sebiliknya. Kejadian ini menimbulkan kebimbangan terhadap kes-kes pencerobohan privasi yang semakin meningkat di negara itu.