Rahmad Mega buat kejutan di Majlis Konvokesyen anak. Penyanyi rock terkenal 90-an, Rahmad Tohak atau Rahmad Mega membuat kejutan untuk anaknya, Suhazri Amrin pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke-17 di Kompleks Sukan UMP, di sini, semalam.
Selain muncul di pentas, Rahmad turut menyanyikan lagu popular kumpulan Mega, Takdir dan Waktu sambil ditemani Suhazri, 25, sekali gus menarik perhatian ibu bapa yang hadir pada sesi pertama konvokesyen itu.
Suhazri Amrin antara penerima ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, ijazah doktor falsafah dan diploma yang disampaikan oleh Pro Canselor UMP, Tan Sri Dr Abi Musa Asaari Mohamed Nor.
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin.
Rahmad berkata, ibu bapa seharusnya memberikan sokongan atas minat anak masing-masing.
“Kita harus lihat kecenderungan dan potensi anak. Kalau boleh jangan sekat minat mereka,” katanya.
BACA:
Kecoh pelanggan lelaki terajang ke muka peniaga perempuan sebab tak boleh cuba pakaian
Tiada tepukan untuk Hael Husaini di konsert, kehadiran mula tak dipeduli
Pelajar bawa kucing kesayangan tinggal di kolej terkantoi dengan warden, “tak sanggup berjauhan”