Putus hubungan dengan Israel, Turkiye panggil pulang duta di Israel undang pujian ramai

Oleh FAHMI ABBAS

Turki telah memanggil pulang dutanya di Tel Aviv untuk rundingan di tengah-tengah serangan berterusan Israel ke atas Gaza, kata Kementerian Luar pada Sabtu.

“Menyedari tragedi kemanusiaan yang berlaku di Gaza akibat serangan berterusan Israel terhadap orang awam

Dan keengganan Israel memenuhi seruan gencatan senjata

Putus hubungan dengan Israel, Turkiye panggil pulang duta di Israel undang pujian ramai

serta kemasukan bantuan kemanusiaan yang berterusan dan tanpa halangan, adalah diputuskan untuk memanggil balik Duta kita di Tel Aviv,

Sakir Ozkan Torunlar, ke Ankara untuk berunding,” menurut kenyataan Kementerian Luar, lapor Agensi Anadolu.

Tentera Israel telah melancarkan serangan udara dan darat ke Semenanjung Gaza sejak konflik tercetus pada 7 Okt.

Sekurang-kurangnya 9,488 penduduk Palestin, termasuk 3,900 kanak-kanak telah terbunuh, menurut angka rasmi.

Bekalan asas semakin berkurangan bagi penduduk Gaza kerana kepungan Israel, di samping peningkatan jumlah korban dan kehilangan tempat tinggal.

BACA: Kahwin lepas sebulan kenal, selepas 23 tahun kahwin, ‘baru ku tahu suamiku rupanya wanita’