Puteri Sarah dan Sera bergabung, jadi ikon ‘wanita disakiti’

Oleh MHDAILY

Puteri Sarah dan Sera bergabung, jadi ikon ‘wanita disakiti’. Perjalanan hidup dilalui dua wanita ini hampir sama, dikhianati dengan kehadiran orang ketiga.

Meskipun berdepan pelbagai cabaran termasuk kecaman netizen berhubung isu rumah tangga, namun, ia bukanlah penghalang buat pelakon, Puteri Sarah Liyana dan isteri kepada pelawak dan pengacara Shuk Sahar iaitu Rossa Sera untuk bangkit mempertahankan hak sebagai wanita teraniaya.

Bertemu dua wanita jelita ketika majlis perlantikan sebagai Face Off Inayah Beauty di Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini, dapat dirasakan mereka bukan sahaja berjiwa kental, malah, menjadi lambang wanita tidak mudah menyerah kalah dalam perjuangan hidup.

Tersentuh hati Puteri Sarah apabila perjuangannya menjadi inspirasi kepada wanita berkongsi nasib sama dengannya,

“Saya menerima banyak mesej peribadi bertanya mengenai tip bagaimana nak jadi kuat. Ada juga yang mengadu mengalami nasib sama seperti saya.

Puteri Sarah dan Sera bergabung, jadi ikon 'wanita disakiti'

“Bagaimanapun, wanita ini mengalami lebih tekanan kerana tiada sokongan, apatah lagi, suami dalam kalangan VVIP. Nasihat saya agar membuat laporan polis.

“Walaupun sukar, tetapi saya suruh letak ketepi dahulu segala kekangan dan buat laporan polis.

“Saya gembira dapat membuka jalan dan beri semangat kepada wanita senasib dengan saya,” katanya kepada BH Online.

Satu perkara menyebabkan pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu yakin perjuangannya kerana mendapat sokongan daripada keluarga mentua iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

“Orang tuduh tuduh saya sengaja membuka aib. Namun, saya sebak apabila keluarga mentua mengeluarkan kenyataan mempertahankan saya ketika anak sulung, Syaikhul Islam masuk hospital.

“Pada masa itu, saya tahu tidak keseorangan berdepan konflik rumah tangga. Bapa mentua banyak memberi dorongan dengan menyuruh saya kembali berlakon.

“Apabila aktif semula, saya akui keyakinan semakin bertambah dan mengembalikan diri saya sebelum ini,” katanya.

Bercakap soal keyakinan diri, begitulah juga berlaku kepada Sera atau nama sebenar, Rossalennah Asshaferah apabila semakin langsing ketika ini.

Berkongsi penampilannya, Sera berkata, beratnya menyusut sebanyak 11 kilogram (kg) dan kini hanya 49 kg.

Mengulas adakah berat badan menyusut disebabkan ‘makan hati’ susulan krisis rumah tangga dihadapinya, pantas wanita ini menafikannya.

“Kalau nak kata kurus sebab makan hati rasanya konflik rumah tangga kami sudah berlaku sejak dahulu. Saya nekad nak turunkan berat badan kerana saya mahu lebih berkeyakinan.

“Sebelum ini, saya susah kawal kerana Shuk sering mengajak saya makan lewat malam. Tetapi, apabila sudah tiada, saya ada masa untuk kawal pemakanan saya.

“Keputusan turunkan berat badan juga tiada kena mengena dengan unsur balas dendam atau ‘body revenge’,” tegas ibu kepada dua cahaya mata itu.

Mengenai komen netizen yang menyifatkan tindakannya menurunkan berat badan sebagai sudah terlewat, Sera enggan mengambil peduli kata-kata negatif.

“Saya ada juga ternampak komen netizen mengecam saya tidak pandai menjaga penampilan diri hingga suami berlaku curang.

“Sejujurnya, saya tak ambil hati. Saya hanya mahu sihat dan lebih yakin. Seronok bila anak-anak turut memuji penampilan saya ketika ini,” ungkapnya.

BACA:

“Dia selalu buat main”, lelaki beri vape pada bayi akhirnya munculkan diri

Ini latar belakang Laudya Cynthia Bella yang ramai tak tahu – Artis paling mahal Indonesia

Komen Mike Tyson pasal kematian buat orang ramai tersentak