Pernah tular dengan isu keretakan rumah tangga yang melibatkan pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin,
setelah mereka dikatakan tidak lagi memuat naik foto bersama serta tidak memberikan komen pada hantaran akaun masing-masing.
Walaubagaimanapun, Fazura menafikan spekulasi tersebut dengan menjelaskan bahawa dirinya tidak mahu terlalu berkongsi kemesraan mereka sebagai suami isteri pada waktu itu.
Hari ini, Nur Fazura Sharifuddin telah memfailkan perceraian dengan suaminya,
Fattah Amin di Mahkamah Syariah Rendah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Menerusi sumber yang mendedahkan perkara itu kepada BH Online, Fazura telah memfailkan perceraian sebelum tengah hari tadi, yang dilakukan oleh peguam yang mewakilinya.
“Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah. Sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya. Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan,” kata sumber kepada BH Online.
Sebagai makluman, Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.
BACA:Siapa sangka tukang tukar lampu puncak KLCC ialah wanita! Ini kisah Maya Sidek