Assalamualaikum buat para pembaca sekalian.. Saya seorang duda anak 4 (kesemuanya perempuan yang masih kecil).
Yang sulong darjah 5 dan yang bongsu baru 2 tahun lebih. Saya ingin luahkan kisah penceraian saya.
Ramai di kalangan kenalan saya mahupun kenalan bekas isteri masih belum tahu status penceraian, hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Seperti kebiasaan apabila ada yang tahu kita bercerai, perkara pertama yang terlintas di fikiran mereka, ini confirm salah si lelaki.
Ini juga yang terjadi kepada saya apabila ada di kalangan sepupu yang tahu status kami kini. Saya percaya yang ini adalah kehendak Allah mungkin atas kekhilafan dan kifarah kepada saya sendiri.
Saya percaya tidak ada mana – mana lelaki yang dapat terima perbuatan isterinya seperti yang saya alami walaupun sedar diri ini banyak kekurangan dan banyak d0sa.
Saya adalah seorang penjawat awam dan bekas isteri (saya gelarkan sebagai ‘ex’.) adalah seorang guru. Punca bermula ex bertukar sekolah dan berkenalan dengan seorang guru lelaki di sekolah tersebut (saya gelarkan sebagai ‘H’).
Hubungan mereka sem4kin rapat apabila selalu berurusan berkaitan PIBG sekolah yang mana jawatan dalam PIBG yang sedang disandang oleh H perlu diserah kepada ex. Ketika itu ex sedang mengandungkan anak bongsu kami.
Saya percaya Allah mula memberi petunjuk kepada saya di hari saya hantar mak saya pergi menunaikan haji pada 2019. (Saya terbaca mesej di telegram ex dari orang yang saya tidak kenali yang mengajak ex untuk pergi makan bersama) dan ex tidak dapat pergi kerana mengikut saya hantar mak saya ke Tabung Haji.
Saya minta mak saya mendoakan agar dipermudahkan semua urusan saya. Masa ni juga cerita berlegar di kalangan guru dan staff di sekolah tersebut tapi saya ambil langkah tidak mahu mendengar cakap cakap orang. Saya menasihati ex agar jaga diri dan status sebagai isteri orang lagi pula anak saya (yang sulong dan yang kedua) bersekolah di sekolah yang sama dengan ex.
Ketika itu saya sedar ex mula tidak menghorm4ti saya (bercakap lebih kurang dengan saya). Saya cuma fikirkan mungkin kerana disebabkan mengandung, em0si dia tak stabil. Saya masih berfikiran positif. Februari 2020 masa ke hospitaI nak bersalin, ex menangis – nangis memohon ampun dan maaf, walaupun dia tak sebut satu pun kesalahan apa dia buat, saya tetap maafkan semua perbuatan dia di belakang saya sebab saya tak mahu ada masalah bila nak melahirkan anak bongsu kami nanti.
MaIangnya ketika ex dalam pantang saya ditunjukkan lagi bahawa dia masih buat perkara yang sama (bermesej dan mengucap kata rindu kepada H). Silap saya ketika ini saya tidak SS atau simpan bukti. Ketika ini hati saya betul – betul dah h4ncur.
Rutin saya hantar anak – anak ke sekolah dan pergi kerja. Balik kerja, ambil anak – anak di sekolah, sampai rumah mertua (sebab berpantang di situ) saya cuma nak rehat dan sudah hilang rasa mahu marah atau cemburu. Ex bukan budak kecil lagi yang tidak boleh berfikir mana baik dan mana buruk.
Kemudian Malaysia PKP, Saya dan ex balik tinggal di rumah sendiri. Kehidupan kami seperti biasa. Ex tidak dapat lagi bermesej seperti selalu dengan H kerana masing – masing kena duduk rumah dan H juga adalah suami orang dan isterinya juga seorang guru.
Saya juga berharap agar ex sedar akan keburukan atau akibat jika dia masih meneruskan perbuatan tersebut. Bermesej, bermadah, bergurau senda tanpa batas dengan H suami orang dan sama – sama bekerjaya sebagai guru.
Lepas PKP dilonggarkan sekejap, saya bawa ex dan anak – anak pergi bercuti dengan kawan – kawan saya dan family masing – masing. Ketika ini saya beranggapan semuanya sudah kembali normal dan saya bersyukur sangat – sangat.
Kemudian kami berpindah ke rumah baru (rumah yang dibeli isteri). Ketika ini Tuhan tunjukkan saya bukti yang paling besar yang saya percaya tidak ada mana – mana suami dapat terima perbuatan tersebut. (Mesej dan gambar aib).
Saya pilih untuk merujuk kepada mak mertua saya supaya dapat nasihatkan ex. Mungkin orang lain akan pilih untuk membuka aib di Socmed untuk diviralkan, tapi saya tidak berbuat begitu kerana berfikir panjang. Kerjaya beliau mungkin akan musn4h dan anak – anak saya yang kesemuanya perempuan akan menanggung malu di sekolah.
Kemudian PKP diperketatkan lagi, cuma buka untuk beberapa sektor. Saya bekerja seperti biasa (penggiliran jadual) dan bermula ni saya kerap balik kampung saya dan habiskan masa di kampung kerana saya takut tidak dapat kawal perasaan dan akan berg4duh depan anak – anak.
Ketika ini juga saya dapat tahu ex mula memburukkan saya pada family dia dan semua adik beradik dia. Sehingga keburukan ketika zaman saya bujang juga diungkitnya lagi dan kaitkan dengan orang lain dengan ayat ‘tak percaya, tanya si polan ni, depa masih hidup’.
Allahurabbi. Mungkin kerana ex ingin membaIas kerana saya menceritakan kelakuan dia pada mak mertua saya dan menganggap saya ingin memburukkan dia. Jika saya ingin ex kelihatan buruk, saya tidak akan cerita kepada mak dia.
Lebih baik saya viralkan atau cerita pada mak saya sendiri tapi ketika ini mak saya sendiri pun tak tahu apa yang dia buat. Hati saya betul – betul h4ncur. Ingatlah wahai para isteri sekalian, kebanyakan suami tidak mahu keadaan menjadi keruh dan menjatuhkan maruah keluarga. Cukup dahulu cerita saya sampai di sini.
Jika ada peluang, saya akan ceritakan bagaimana saya berjumpa dengan H dan isteri H dan lebih banyak terbongkar ketika itu hinggalah saya dan ex disahkan bercerai. Terima kasih para pembaca sekalian. – Anonymous (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Maria Firdz : Sebenarnya dia boleh je buat aduan pada ketua jabatan dengan bukti. Nanti kena tindakan tatatertib sebab penjawat awam kan. Skandal ni memang satu kesalahan tatatertib juga dalam undang – undang. Tapi itulah, untung suami dia masih nak jaga aib ex dia tu. Aduhai, dapat laki baik, bini pula buat per4ngai. Ujian dunia. Kita yang baca ni ambil pengajaran. Moga Allah tak bolak balikkan hati kita.
Nurul Ashikin Ali : Report pada GB/Pengetua dia. Rahsiakan tindakan anda. Minta GBP rahsiakan juga. Nanti yang akan ditukarkan adalah lelaki tu.
Tak silap, kalau ada skandal, lelaki tu yang akan dikenakan tindakan (Baru ditaklimat hari tu). Hal ni, biar pecah di perut. Skandal dengan suami / isteri org ni tak kira jabatan.
Sedihnya kerana cerita macam ni la yang menyusahkan saya pi mengajar kelas tambahan, buat kerja lebih masa di sekolah. Cerita macam ini menyebabkan saya tertekan.
Ditambah pasangan yang terlalu cemburu, from one thing leads to another. Maka berakhir jua episod kami. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Habis kena tampias. La ni timbul balik cerita mcm ni.
Edited: kepada cikgu perempuan yang jujur dan setia. Kalau tak buat salah, tak payah takut. Ketua Jabatan saya dulu pun tau cerita ni. Tapi tu dia lah, menyusahkan jiwa, menyesakkan raga.