Pulau bakal kena ‘pulau’? Menteri pun tak setuju ditayangkan. Ramai yang bengang dengan filem kontroversi ‘Pulau’ ni. Walaupun baru keluar trailer tapi kandungan dalam tu sudah cukup membuatkan orang rasa marah kerana ia tidak sesuai untuk tontonan kita.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut sudah bersuara dan berpandangan filem ini tidak sesuai untuk ditayangkan.
Trailer yang dikeluarkan akan ditarik semula…
Pandangan saya mungkin kita kena teliti semula beberapa SOP kerana jelas di sini telah berlaku satu pelanggaran dan saya difahamkan dari segi kelulusan LPF itu telah diberi pada bulan September tahun lalu, sebelum saya jadi menteri, sebelum kerajaan yang ada sekarang ini.
Fahmi yang melihat kandungan dalam trailer itu berpandangan ianya tidak sesuai dan beliau sendiri sudah berhubung dengan pihak Golden Screen Cinemas (GSC) dan pihak penerbit memaklumkan akan menarik balik trailer berkenaan.
Kaji dan rombak semula SOP…
Bagi saya, saya telah minta pihak Finas untuk di masa hadapan, perkara ini perlu kami teliti, kaji semula dan rombak SOP. Kami tak nak jadi seperti ini, kelulusan itu diberi tanpa penelitian yang lebih khusus, saya rasa perlu ada penelitian.
Sebelum ini, pihak Finas memaklumkan mereka tidak bertanggungjawab memberikan kelulusan tayangan filem kerana ia terletak di bawah kuasa Lembaga Penapisan Filem (LPF).
BACA:
Kenderaan usia lebih 10 tahun bakal dilupuskan: Anda setuju?
Tak sia-sia promote diri dekat twitter, akhirnya bertemu jodoh juga