Pukul dan pijak perut isteri hamil, ahli politik ditahan Polis.
SEORANG ahli politik Indonesia sedang dalam siasatan pihak berkuasa selepas isteri keduanya yang dikenali sebagai MY
Beliau membuat laporan polis kerana dicekik, ditampar dan dipijak lelaki tersebut.
Menerusi laporan media tempatan, MY mendakwa telah dikasari oleh anggota Dewan Perwakilan Rakyat dari Parti Keadilan Sejahtera dalam keadaan dirinya sedang hamil.
Insiden tersebut bagaimanapun telah berlaku pada November 2022 dan pasangan tersebut dilaporkan sudah bercerai.
Portal Tempo melaporkan kedua-duanya sempat hidup sebagai suami isteri hanya untuk tempoh sembilan bulan sebelum berpisah.
Namun MY telah dipukul beberapa kali sepanjang tahun lalu. Lantaran teruk dipukul, MY mengalami trauma dan kemurungan.
Lelaki tersebut antaranya didakwa pernah memukul wanita tersebut dengan kerusi, mencekik, menampar, menggigit sehingga memijak perut isterinya yang sedang hamil sehingga mengalami pendarahan.
Ekoran kontroversi tersebut, ahli politik tersebut diketahui telah meletakkan jawatannya sebagai ahli dewan perwakilan, malah pihak parti mengatakan masalah yang dihadapi bukan berkaitan dengan politik sebaliknya merupakan masalah peribadi.
Kes itu kini masih dalam siasatan pihak polis.
BACA:
Pemuda ini kongsi pengalaman kerja di New Zealand buat ramai anak muda bercita-cita hijrah ke sana
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio