Tahun 2025 baru sahaja bermula, namun ada yang sudah mula pening memikirkan cabaran yang bakal datang,
Terutamanya dengan umat Islam di Malaysia dijangka akan menjalani ibadah puasa dan merayakan Aidilfitri dalam bulan yang sama pada Mac nanti.
Dengan situasi ini, perancangan kewangan yang bijak sangat penting.
Tidak ada salahnya jika anda mula merancang dan menabung seawal Januari untuk menghadapi segala perbelanjaan yang bakal mendatang.
Kami ingin kongsikan beberapa langkah mudah yang boleh anda praktikkan untuk menabung sekurang-kurangnya RM1,000 dalam tempoh dua bulan.
1. Tetapkan Matlamat Kewangan Harian atau Mingguan
Mungkin terdengar sukar untuk menabung sebanyak RM1,000 dalam dua bulan, namun dengan perancangan yang betul, ia pasti boleh dicapai. Langkah pertama adalah menetapkan matlamat yang jelas.
Contohnya, untuk mengumpul RM1,000 dalam dua bulan, anda boleh mulakan dengan menyimpan sekitar RM17 setiap hari atau RM120 setiap minggu.
Sebagai contoh: RM17 x 30 hari = RM510. Jika anda konsisten, jumlah ini akan mencapai RM1,020 dalam tempoh 60 hari.
2. Sertai Cabaran Menabung
Salah satu cara yang menarik dan menguntungkan adalah dengan mengikuti cabaran menabung bertingkat. Mulakan dengan menyimpan RM1 pada hari pertama, RM2 pada hari kedua, dan seterusnya. Pada akhir bulan, anda akan mendapati jumlah simpanan bertambah tanpa terasa beban.
3. Kurangkan Perbelanjaan Tidak Perlu
Kadangkala, perbelanjaan harian yang kecil seperti makan di luar boleh membuatkan dompet anda cepat kosong. Cuba cari alternatif yang lebih murah seperti memasak di rumah atau membeli barang pada diskaun untuk menjimatkan wang.
4. Jejak Perbelanjaan Anda
Kini, terdapat pelbagai aplikasi yang boleh membantu anda menjejak perbelanjaan harian. Dengan aplikasi ini, anda dapat mencatat setiap wang yang dibelanjakan, sekaligus memberi gambaran jelas tentang di mana wang anda pergi dan bagaimana anda boleh berbelanja lebih bijak.
5. Cari Pendapatan Tambahan
Walaupun sibuk dengan pekerjaan hakiki, tidak salah jika anda mencari pendapatan tambahan. Misalnya, berniaga melalui platform seperti TikTok.
Dengan cara yang betul, anda mungkin boleh menjana pendapatan tambahan yang membantu mencapai matlamat kewangan anda.
Dengan langkah-langkah ini, anda dapat mengelakkan tekanan kewangan di bulan Ramadan dan Raya, serta menikmati perayaan dengan lebih tenang tanpa dibelenggu masalah kewangan.
Jadi, mulakan hari ini dan lihat bagaimana simpanan anda berkembang!
BACA: Fitnah mudarat kecil, elak PRK mudarat besar? Pas tetap akan bantu Dr Mastura
2 thoughts on “Puasa, raya dan persiapan anak sekolah jatuh pada bulan sama, ini cara kumpul duit paling cepat”