Puad Zarkashi ‘bukak cerita’ tentang Tun Faisal

Puad Zarkashi ‘bukak cerita’ tentang Tun Faisal

Tidak pelik Tun Faisal membela Bossdia (Annuar Musa) kerana dia makan gaji. Dia pun ada lantikan board, sebab Bossdia Menteri.

Boss mesti dipertahankan. Ini lumrah bagi orang yang selalu bertukar Boss. Bila dapat Boss baru nanti, ubah lagi. Nak hidup.

Kenapa Tun F tidak komen video Annuar Musa yang mengatakan UMNO boleh bekerjasama dengan DAP jika ada titik persamaan. Annuar juga kata dalam Politik jangan rigid.

Tun Faisal dakwa, saya dimalukan kerana tidak menjadi calon di PRU 14. Kenapa saya mesti malu. Saya tidak melompat parti pun. Saya kekal berjuang dengan UMNO.

Saya wajar malu kalau tidak dapat jadi calon kerana rasuah, minum arak, kaki judi dan sebagainya.

Yang patut malu ialah mereka yang jadi calon dan menang atas tiket UMNO tetapi kemudian melompat masuk PPBM.

Mereka itulah kawan baik Bossdia. Mereka itulah yang berkonspirasi sehingga terbentuk C5. Buat statement mendahului Presiden. Lebih sudu daripada kuah.

Bossdia dia yang patut malu kerana mohon PM luluskan projek “direct nego” buat jalan di Ketereh. Dapat tak dapat soal lain. Tetapi dia patut ada rasa “Guilty conscious”.

Tun Faisal tuduh saya terlibat konspirasi. Saya menulis secara terbuka apakah slogan No Anwar No DAP relevan sepanjang masa. Tak ada sembunyi sembunyi.

Saya tidak guna nama samaran. Bukan buat kerja di belakang tabir. Itu pun konspirasi?Bossdia buat kenyataan tidak senada atau mendahului Presiden bukan konspirasi?

Saya menulis soal pendekatan politik. Pendekatan politik sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Saya bukan mencadangkan penubuhan sebuah “Gabungan Politik” baru.

Ini adalah kerjasama Politik untuk kelansungan hidup rakyat. Saya berhujah, UMNO mampu memimpin siapa sahaja, parti apa pun dan melauun mana pun. Hatta DAP.

Sebab itu di Johor, Speaker daripada Amanah dan Timbalan Speaker daripada DAP. Walaupun majoriti BN cuma lebih satu kerusi, tiada kekecohan. Pembangkang pun dapat peruntukan dua kali ganda. Apa ada hal.

Saya tertanya, rancangan siapa bila Bossdia desak supaya Setiausaha Agung UMNO buat laporan polis kononnya surat Presiden UMNO dipalsukan. Itu bukan konspirasi?

Saya berhujah, dalam pendekatan politik UMNO jangan rigid. Bossdia juga kata benda sama. PAS juga melakukan Tahaluf Siayasi yang drastik.

Perubahan ada masanya. Siapa yang menguasai perubahan adalah mereka yang menyesuaikan diri dengan masa. Bahaya akan jadi selamat. Kekecohan menjadi tenteram.

Ia umpama memakai T-shirt di bulan disember di Langkawi. Memang ok. Tetapi wajarkah memakai T-shirt pada bulan sama di Moscow?

Tetapi Tun Faisal dengan angkuh tuduh saya munafik. Lantas mengemukan ayat Al Quran Surah An-Nisa ayat 139. Wah dia nampak Islamik.

Tetapi Tun lupa semasa dI JASA, dia kecam Bossdia kerana dapat peruntukan jutaan ringgit dari KKMM untuk projek “Malaysia for All”. Apa jadi dengan website itu. Apa pendirian kamu sekarang?

Statement Annuar Musa dan Takiyuddin sering sama. Siapa prepare naratif? Siapa orang ketiga itu? Konspirasi?

Seorang sahabat mencadangkan Fiqh siyasah UMNO diberikan nafas baru. Menurutnya Nabi SAW cadang perdamaian dgn Bani Ghathofan yg khianat kerajaan Islam Madinah.

Walaupun Yahudi adalah golongan terlaknat, Nabi SAW masih mencadangkan perdamaian. Memang ada yang tidak setuju. Bekerjasama tidak semestinya menukar prinsip. Tetapi apa “gain” yang rakyat akan dapat.

Saya petik pandangan seorang sahabat..“UMNO perlu lebih matang mewacanakan siyasah baru untuk Malaysia. Perlu lebih terbuka. Jangan tutup pintu kepada sebarang perdamaian”.

Justeru Tun Faisal, jangan menulis hanya untuk cari makan.

Sumber :

 

COMMENTS