Puad Zakarshi dedah perangai sebenar Annuar Musa, dakwa manusia hipokrit

Oleh MHDAILY

Puad Zakarshi dedah perangai sebenar Annuar Musa, dakwa manusia hipokrit. ANUAR MUSA MAHARAJA HIPOKRIT

Memang Annuar hipokrit. Dia tuduh Anwar menguasai UMNO kerana terdapat ura ura BN akan sertai kerajaan PH.

Dia lupa sejarah UMNO duduk dalam kerajaan Muhyiddin. Tidakkah Muhyiddin menguasai MP UMNO. Dia lantik Menteri UMNO tanpa peduli hirarki UMNO. Annuar jadi Menteri juga.

Annuar patuh cakap Muhyiddin daripada cakap parti. Dia pertahankan keputusan Muhyiddin istihar darurat dan gantung Parlimen. Mujur YDPA batalkan darurat.

Annuar berkomplot menentang keputusan Perhimpunan Agong. Beliau cuba halang parti keluar dari kerajaan PN. Dia mahu Muhyiddin kekal jadi PM.

Puad Zakarshi dedah perangai sebenar Annuar Musa, dakwa manusia hipokrit

Dia juga cuba halang Parlimen bubar awal sebelum pemilihan parti. Senanglah beliau dan kumpulannya menang pemilihan parti ketika mereka masih menjadi Menteri.

Naratif mereka sekarang ialah “No Anwar No Dap”. Padahal tular video Annuar yang kata, apa salahnya bekerjasama dengan DAP. Dia juga mempertahankan “MOU dengan DAP” bila Ismail Sabri jadi PM.

Apakah itu bukan bersekongkol dengan DAP? DAP dapat peruntukan sama banyak dengan MP BN. Bahkan dia kata MOU itu tidak ada had masa. Kalau batalkan MOU itu, BN boleh disaman. Begitu sekali dia suka DAP.

Tambah hipokrit, bila Annuar mendesak pemimpin parti jangan tembak kaki sendiri. Tetapi sekarang setiap hari dia tembak kaki sendiri. Ini semua kempen pemilihan parti.

Dia salahkan Presiden. Apa kurangnya dia.

Dia juga punca kekalahan. Tidak patuh keputusan parti adalah kesalahan besar. Dia dikuasai oleh Muhyiddin.

BACA:

Penangguhan tidak diizin, 30 MP BN terus ke Istana

Nad Zainal dikejarkan ke ICU, Ungku Ismail dedah keadaan terkini

Diiktiraf rumah paling sunyi di Britain, kini dijual dengan harga RM54 juta