PRU-15: Takiyuddin sahkan BN-PN akan bergabung bentuk kerajaan. Perikatan Nasional (PN) yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata beliau menjangkakan BN akan menerima penggabungan itu.
“Saya yakin kita dapat bentuk Kerajaan Persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain, termasuk BN. Apa yang pasti kita tidak menerima Pakatan Harapan (PH) walaupun perlu gabungan.
“Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ada menyebut sekiranya kita tidak boleh bergabung sebelum PRU15, mungkin selepas (PRU15) kita boleh wujudkan hubungan itu.
“Rujukan pertama kita adalah BN, bagaimanapun sebarang perbincangan belum dibuat sepanjang tempoh berkempen ini namun saya yakin BN akan terima. Perbincangan dulu sudah ada, namun ketika kita tidak bersama pun kita ada maklum mungkin kita boleh bersama selepas PRU15,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir program Ceramah Perdana PRU15 di Kampung Kubang Kiat, di sini, lewat malam tadi.
Terdahulu, Takiyuddin yang juga calon Parlimen Kota Bharu dalam ucapannya berkata, PRU15 adalah pilihan raya paling getir buat rakyat.
Katanya, berdasarkan kajian penganalisis politik tiada mana-mana parti yang akan mendapat 112 kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan, sebaliknya perlu bergabung dengan mana-mana parti.
BACA:
Lelaki Arab jutawan dedah rahsia amalan buat jadi kaya, ajak semua amal sekali
Polis siasat wanita bawa baby naik flying fox sekali
Diana Danielle lancar lagu inggeris pertama, “bukan biasa-biasa ni..”