Profesor kongsi gambar bogel dengan pelajar, lain pula jadi bila Universiti Malaya masuk campur

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Universiti Malaya (UM) mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat dakwaan

seorang pensyarah yang didakwa menghantar gambar bogelnya kepada beberapa pelajar.

UM memberikan komitmen untuk menyiasat perkara ini selepas ia menjadi topik kritikan daripada kumpulan pelajar dan aktivis feminisme.

“UM mengesahkan bahawa pihak kami telah menerima laporan mengenai kes ini yang dibangkitkan oleh

Kelab Feminisme UM, yang turut dilaporkan oleh beberapa media tempatan,” menurut kenyataan rasmi UM.

Profesor kongsi gambar bogel dengan pelajar, lain pula jadi bila Universiti Malaya masuk campur

Menurut laporan yang dipetik oleh Malaymail, UM menjelaskan bahawa mereka tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut kerana kes ini sedang dirujuk kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Sebelum ini, Kelab Feminisme UM telah menyeru pihak universiti untuk memperbaharui dan menambah baik dasar anti-gangguan seksual berikutan insiden tersebut.

Kelab tersebut juga mendakwa terdapat beberapa rakan sejawat pensyarah berkenaan yang cuba melindungi pelaku dengan menyifatkan kejadian tersebut sebagai tindakan balas dendam.

BACA: ‘Saya jaga adik-adik macam anak sendiri, saya galas tanggungjawab yang sepatutnya mak galas’