Presiden Sri Lanka yang larikan diri kini berada di Singapura. Singapura mengesahkan Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dibenarkan masuk ke republik itu selepas pesawatnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada sekitar jam 7.22 malam Khamis.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Singapura, Rajapaksa dibenar masuk ke negara itu atas tujuan lawatan peribadi.
“Beliau tidak memohon untuk mendapatkan perlindungan dan tidak akan diberikan sebarang hak perlindungan sama sekali.
“Singapura secara amnya tidak akan memberikan hak perlindungan,” jelas kenyataan tersebut.
Terdahulu, Rajapaksa dilapor berlepas ke Singapura dengan menaiki pesawat Saudia 788 dari Male, Maldives dan seterusnya akan berlepas ke Arab Saudi.
Pesawat yang dinaikinya itu menjadi kapal terbang yang paling dijejaki di dunia pada Khamis.
Pesawat Saudia 788 yang berlepas dari Male telah dijejaki kira-kira 5,000 pengguna pada 7.43 pagi waktu tempatan, berdasarkan data Flightradar24.com.
Sewaktu ketibaannya di Lapangan Terbang Changi, lebih 10,000 orang direkod menjejak pergerakan pesawat itu di laman web Flightradar24.com.
BACA:
Bekalan ayam di Indonesia berlebihan pula, ‘terpaksa’ eksport ke Singapura
Singapura arah henti minum Kopi Pejuang 3 in 1
Airport Singapura tawar 6,000 tawaran pekerjaan, bayar dalam dollar Singapura!