Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah menyatakan penghargaan atas pertemuannya
Dengan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing, di Pejabat Kedutaan China di Malaysia hari ini.
Beliau menyatakan bahawa pertemuan tersebut membuka peluang untuk berbincang mengenai usaha
Memperkukuhkan hubungan yang sedia ada, meliputi bidang budaya, ekonomi, dan hubungan antarabangsa antara kedua-dua negara.
“Saya sangat menghargai kesungguhan Tuan Yang Terutama Ouyang dalam mencari jalan untuk mempereratkan hubungan antara China dan Malaysia,
serta ketelitiannya dalam memahami budaya Melayu dan dunia Islam secara umum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Marang itu berharap pertemuan tersebut dapat membawa manfaat bagi memperkukuhkan keharmonian
Dan kerjasama yang lebih erat dalam bidang budaya dan ekonomi antara Malaysia dan China, terutamanya di empat negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis.
Sebelum itu, Tuan Guru Abdul Hadi menerima kunjungan delegasi Jamaat Islami Bangladesh (BJI) yang diketuai oleh Presiden BJI, Dr. Shafiqur Rahman, di Pejabat Yayasan Permata Ummah di Cyberjaya, semalam.
BACA: Semenjak hari itu, aku banyak jauhkan diri dari kakak, abang ipar punca segalanya