Polis siasat wanita bawa baby naik flying fox sekali. Baru-baru ini, tular video memaparkan seorang wanita melakukan aktiviti sukan lasak ‘flying fox’ sambil mendukung anak kecil tanpa peralatan keselamatan lengkap.
Orang ramai meluahkan rasa bimbang dan mengutuk perbuatan ibu yang seolah-olah mengabaikan keselamatan anak sendiri.
Terbaru, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah mengesahkan pihaknya sudah menerima satu laporan susulan video itu.
Hari ini, Balai Polis Kuala Kubu Bharu menerima laporan polis berhubung video tular wanita melakukan aktiviti lasak berbahaya (flying fox) sambil memegang anak kecil dengan mengabaikan keselamatan anak dan dirinya.
Kini, kertas siasatan mengenai kejadian sudah dibuka dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2006 terhadap individu yang terlibat.
Beliau memohon orang ramai kekal tenang dan tak bimbang mengenai video tersebut. Sama-sama kita tunggu keputusan siasatan kes ni.
BACA:
Polis siasat Ketua Pemuda Pas kata ‘Undi BN, PH masuk neraka’
Lizzy dan suami bergendong naik motor beli PS5, akui tak ada kereta
Anak Che Ta sakan sambut dengan 8 biji kek sempena bevday yang ke-8