Polis dedah punca sebenar lori minyak sawit tiba-tiba terbabas ramai tak perasan

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Satu kejadian kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 49.5 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Pasir Penambang semalam

Dipercayai berpunca daripada tindakan sebuah kereta ‘misteri’ yang cuba memotong secara mengejut dan memasuki laluan lori tangki.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, berkata kejadian yang berlaku sekitar jam 2 petang itu melibatkan sebuah lori tangki, Toyota Alphard, dan Proton Saga.

Siasatan awal mendapati pemandu lori tangki, berusia 37 tahun, dalam perjalanan dari Tanjong Karang ke Klang.

Menurut Azaharudin, sebuah kereta yang tidak dapat dikenal pasti jenis dan nombor pendaftarannya, datang dari arah kanan dan cuba memotong lori tangki

Polis dedah punca sebenar lori minyak sawit tiba-tiba terbabas ramai tak perasan

sebelum secara tiba-tiba memasuki laluan lori tersebut. “Pemandu lori tangki berusaha mengelak, namun telah terbabas dan merempuh Toyota Alphard serta Proton Saga yang sedang berhenti di lampu isyarat,” jelas beliau.

Pemandu Toyota Alphard yang terlibat dalam nahas itu berusia 33 tahun, manakala pemandu Proton Saga ialah seorang lelaki berusia 64 tahun.

Kejadian ini kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Media melaporkan bahawa dalam insiden tersebut, empat orang cedera, manakala tiga lagi selamat. Sebuah pasukan bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.19 petang.

Selain itu, ketiga-tiga kenderaan yang terlibat turut dilaporkan terbakar akibat perlanggaran tersebut.

BACA: Gara-gara Mark Adam, sate kajang Hj Samuri diserbu

3 thoughts on “Polis dedah punca sebenar lori minyak sawit tiba-tiba terbabas ramai tak perasan”

Leave a Comment