PN,BN dan PBS masih gagal sepakat hadapi PRN Sabah

PN,BN dan PBS masih gagal sepakat hadapi PRN Sabah

Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak akan menyertai majlis “Aku Janji” BN dan Perikatan Nasional (PN) petang ini, menyebabkan penyertaannya dalam Gagasan Rakyat Sabah menjadi tanda tanya.

Bahan promosi untuk acara yang berlangsung di The Magellan Sutera Resort di Kota Kinabalu itu hanya mengandungi logo BN dan PN.

Mengikut jadual acara, pemimpin tempatan yang dijangka berucap pada majlis itu ialah Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin dan Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Noor.

Kedua-duanya juga dijadualkan akan menyerahkan dokumen “Aku Janji” kepada Perdana Menteri dan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, yang dijadual akan menyampaikan amanat ringkas.

Ketika dihubungi, seorang pembantu pimpinan atasan PBS berkata tiada pemimpin parti yang akan menghadiri majlis tersebut.

Perkembangan ini menimbulkan persoalan mengenai hubungan PBS dengan BN dan PN, yang membentukan Gabungan Rakyat Sabah.

PBS, yang diketuai presidennya Maximus Ongkili merupakan sebahagian daripada parti kerajaan di peringkat persekutuan.

Ongkili dipercayai tidak sihat dan tidak kelihatan di tempat-tempat keramaian.

Hubungan parti itu dengan sekutunya BN dan PN dilihat jelas pada hari penamaan calon apabila mengemukakan 22 calon, 16 daripadanya akan menghadapi calon BN atau PN selain menentang Warisan Plus.

Parti Solidariti Tanah Airku (Star), sebuah parti yang berpangkalan di Sabah dan menjadi anggota rasmi PN, mendakwa PBS mengingkari janji awalnya untuk hanya meletakkan 15 calon.

Presiden Star, Jeffrey Kitingan mendakwa Muhyiddin juga kecewa dengan PBS.

Enam daripada lapan calon Star – termasuk Kitingan – akan menentang calon PBS pada pilihan raya negeri yang berlangsung pada 26 Sept ini.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/542790

COMMENTS