‘PM Under attack’ | Muhyiddin tidak mampu menstabilkan ekonomi negara

‘PM Under attack’ | Muhyiddin tidak mampu menstabilkan ekonomi negara

Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap sebagai Perdana Menteri yang sentiasa diancam dan diserang bukan sahaja oleh lawan, bahkan juga oleh kawan-kawan baru mereka.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, situasi yang dianggap sebagai ‘PM under siege’ atau ‘PM under attack’, menjadikan Muhyiddin sentiasa terdedah kepada ugutan sehingga tidak mampu lagi untuk menumpu menstabilkan negara.

“Konco-konco Umno khususnya, sangat licik bermain kayu-tiga, dalam sengketa dan kemelut yang tidak berkesudahan.

“Banyak ‘sogokan’ yang telah diberikan oleh Muhyiddin. Keadaan ini membolehkan Perikatan Nasional sentiasa menang apabila ‘pertarungan angka’ di Parlimen dilakukan,” katanya ketika berucap semasa merasmikan Konvensyen AMANAH Nasional hari ini.

Tambahnya, dengan saiz Kabinet sebesar XXL melebihi 70 anggota Ahli Parlimen, ia membuktikan Muhyiddin sentiasa dihantui fobia atau ketakutan.

Terdahulu, Konvensyen AMANAH Nasional kali ini turut dihadiri Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong; Ketua Wira Warisan Sabah, Mohd Azis Jamman; Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/muhyiddin-dianggap-pm-under-attack/

COMMENTS