PM umum 5,750 kampit beras percuma setiap minggu kepada B40 di KL, Putrajaya dan Labuan

PM umum 5,750 kampit beras percuma setiap minggu kepada B40 di KL, Putrajaya dan Labuan

Kerajaan akan menyumbangkan sebanyak 5,750 kampit beras percuma setiap minggu kepada keluarga golongan B40 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula Ahad.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sumbangan itu akan diberikan melalui Program [email protected]

“Pada hari ini saya juga ingin berkongsi satu berita gembira kepada penduduk di Wilayah Persekutuan.

“Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan melalui Program [email protected] akan mula menyumbangkan 5,750 kampit beras secara percuma setiap minggu kepada penduduk daripada kumpulan keluarga B40 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula pada hari ini.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran Program Kemiskinan Bandar (5My) Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 yang disiar secara langsung di stesen televisyen tempatan pada Ahad.

Menurutnya, pihak yang terlibat dengan pengagihan sumbangan itu diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. –SH

COMMENTS