PM pecat 8 menteri kabinet. Jawatan menteri daripada 30 kepada 25, termasuk timbalan menteri dan melepaskan portfolio menteri untuk dirinya dan timbalannya Saulos Chilima, lapor Agensi Anadolu.
Presiden Malawi Lazarus McCarthy Chakwera pada Selasa memecat lapan menteri ketika rombakan Kabinet pertamanya pada 2023, menurut kenyataan Pejabat Presiden dan Kabinet.
Chakwera mengurangkan jawatan menteri daripada 30 kepada 25, termasuk timbalan menteri dan melepaskan portfolio menteri untuk dirinya dan timbalannya Saulos Chilima, lapor Agensi Anadolu.
Pemimpin Malawi itu membubarkan seluruh Kabinetnya tahun lalu kerana dakwaan rasuah dalam kalangan menteri.
Antara yang dipecat ialah Menteri Penerangan Gospel Kazako, Menteri Kerajaan Tempatan Blessings Chinsinga, Menteri Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat Patricia Kaliati dan Setiausaha Agung Parti Kongres Malawi Eisenhower Mkaka, yang juga Menteri Alam Sekitar.
Pengulas politik dan pakar memuji Chakwera kerana mengurangkan anggota Kabinet.
“Kabinet baharu berkurangan sebanyak 13 peratus, dan 40 peratus adalah dalam kalangan wanita yang menunjukkan bahawa beberapa kemajuan sedang dibuat untuk mempunyai Kabinet kecil yang diwakili secara adil,” Humphrey Mvula, seorang pengulas kerajaan memberitahu Anadolu.
Barisan Kabinet awal seramai 31 anggota Chakwera pada Julai 2020 dikritik kerana dianggotai ahli keluarga, perwakilan jantina yang tidak sama rata dan terlalu ramai menteri dari daerah asalnya di Lilongwe.
BACA:
“Bang..boleh belanja saya makan tak? Saya baru kena buang kerja”
Aliff Aziz diganggu heroin drama, Sharnaaz Ahmad punya cadangan elak dikacau memang padu habis
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio