PM dijangka bubar parlimen pada jumaat ini. Parti Amanah Negara (Amanah) menjangkakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Dewan Rakyat Jumaat ini iaitu pada tarikh pembentangan Bajet 2023.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, Ismail Sabri terpaksa berbuat demikian kerana hendak menjaga hati kepimpinan partinya.
Beliau bagaimanapun melahirkan rasa simpati kepada Perdana Menteri kerana didesak oleh pucuk pimpinan UMNO supaya mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih awal iaitu dalam tahun ini juga.
“Kasihan kat PM, demi nak jaga hati kawan-kawan, Jumaat ini nak kena bubar juga Parlimen.
“Tak apa YAB, bubar pun bubarlah, asalkan ada ketentuan. Duk dindong dindong menyusahkan rakyat saja, selamat membubar,” ciapnya menerusi Twitternya pagi ini.
Jumaat lalu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan supaya PRU-15 diadakan pada tahun ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, susulan keputusan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, keputusan mesyuarat itu adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19, selepas runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana persengketaan dalaman politik sesama mereka.
Sementara itu, Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Rakyat yang mula bersidang semalam akan berlangsung selama 32 hari sehingga 29 November ini dengan tumpuan utama terarah kepada pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan 7 Oktober ini.
Parlimen dalam kenyataannya turut mengumumkan mesyuarat Ketiga Penggal Kelima bagi Dewan Negara akan berlangsung selama 11 hari mulai 21 November hingga 7 Disember 2022.
Mesyuarat ketiga penggal kelima diawalkan daripada tarikh takwim asal bagi membolehkan pembentangan bajet yang ditetapkan pada 28 Oktober diadakan tiga minggu lebih awal seperti diputuskan mesyuarat Kabinet 26 Ogos lalu.
Mengikut takwim asal, mesyuarat ketiga penggal kelima dijadualkan bermula 26 Oktober hingga 15 Disember 2022, yang mana Dewan Rakyat akan bersidang selama 31 hari untuk membahaskan Bajet 2023.
BACA:
Lelaki lepas tembakan ke arah rumah jiran jadi kecoh
Akhirnya Zul Ariffin mengaku salah muat naik kandungan ‘lucah’, kena denda RM30,000
Lelaki serah diri pada polis lepas rasa bersalah curi RM7.4 juta dari mesin ATM