PM Anwar umum tol percuma. Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pengecualian tol pada Jumaat dan Sabtu ini sempena Tahun Baharu Cina.
Anwar berkata, semua jenis kenderaan di seluruh negara akan mendapat pengecualian itu.
“Berita baik, untuk Tahun Baharu Cina, menteri kerja raya dan menteri pengangkutan mengambil inisiatif bincang dengan dua syarikat konsesi dan setuju supaya ditiadakan tol bagi 20 dan 21 (Januari),” katanya dalam sidang media di Putrajaya.
Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya berhati-hati dan mematuhi undang-undang supaya kemalangan dapat dielakkan.
Kerajaan mengambil inisiatif mengurangkan beban rakyat untuk pulang ke kampung halaman sempena sambutan Tahun Baharu Cina dengan menawarkan tol percuma pada 20 dan 21 Januari ini.#AWANInews pic.twitter.com/TA3Rl5JHgA
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) January 18, 2023
BACA:
Tenang je Ira Kazar makan aiskrim..
“Makin mejadi-jadi”- netizen sampai urut dada tengok penampilan Neelofa hadir majlis ini