PKP jadi punca kempen BMF tergendala

Oleh MHDAILY

Kempen utamakan produk keluaran peniaga Islam dan bumiputera atau lebih dikenali sebagai Buy Muslim First (BMF) tergendala disebabkan sekatan untuk menangani pandemik, kata penganjur.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Pembela) Aminuddin Yahya berkata, aktiviti BMF tidak dapat dilaksanakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa Mac tahun lalu.

BMF digerakkan Ummah bersama NGO seperti PPIM dan menerima sambutan daripada komuniti Melayu dan Islam dalam negara sejak akhir 2018.

Baca Artikel Penuh