Petua tanam pokok kesum yang ramai tak tahu, jimat masa!

Oleh MHDAILY

Petua tanam pokok kesum yang ramai tak tahu, jimat masa! Daun kesum merupakan tumbuhan yang banyak digunakan dalam masakan di Malaysia. Di dalam hidangan Asam Pedas dan Laksa Penang memang wajib dimasukkan daun ini barulah sedap rasanya! Daun kesum menghasilkan rasa masam lemak selain aroma yang cukup menyelerakan.

Kadang-kadang nak masak tapi boleh pula daun kesum tak ada. Jadi apa kata cuba ikuti cara tanam pokok kesum yang dikongsikan oleh pengguna tiktok @alinkitchengarden.

CARA TANAM POKOK KESUM

Hari ini saya akan ajar cara macam mana nak tanam menggunakan sumbu mop dan menggunakan teknik hydroport lah macam ini. Keratan pucuk sahaja, okey kali ini saya akan ajar lebih detail, saya harap yang baru nak mencuba tanam daun kesum akan menjadi ikut saya punya tutorial ini.

Petua tanam pokok kesum yang ramai tak tahu, jimat masa!

Mula-mula boleh cari maggi cup macam ini okey dengan juga bekas biskut yang ada kat dapur itu.

Petua tanam pokok kesum yang ramai tak tahu, jimat masa!

Pastinya maggi cup ditebuk terlebih dahulu macam dalam gambar supaya akar dia akan keluar daripada lubang-lubang dan sumbu ini untuk serap air untuk dibekalkan air kepada pokok nanti.

Dia akan sentiasa melembapkan tanah.

Petua tanam pokok kesum yang ramai tak tahu, jimat masa!

Sebenarnya tanah pokok kesum ini, kena rajin cantas tau. Baru pokok sentiasa akan keluarkan tunas baru. Pertama kali, saya ajar cara untuk menggunakan keratan pucuk ini.

Petua tanam pokok kesum yang ramai tak tahu, jimat masa!

Di sini, saya menggunakan lebih kurang hingga ruas jari ini sahaja (rujuk gambar). Lalu potong sahaja.

Petua tanam pokok kesum yang ramai tak tahu, jimat masa!

Pucuk yang telah dapat tadi, boleh bersihkan daun dia dan tinggalkan hanya 3 ataupun 2 helai daun sahaja. Lebih kurang satu ruas ini, akan biarkan dia berdaun.

Kenapa kena lebihkan macam ini tanam? Sebab ruas satu dua tiga ruas ini akar akan tumbuh melalui ruas-ruas ini. Jadi apabila dicucuk lebih banyak ruas, maka lebih banyak akar pokok akan keluar.

Petua tanam pokok kesum yang ramai tak tahu, jimat masa!

Andai kata yang bawah ini tak berakar, dia akan berakar di ruas yang ke-2 ataupun yang ke-3. Jadi di situ lebih senang pokok hiduplah. Satu kita cari pucuk yang agak-agak keras. Jangan cari yang lembik supaya bila cucuk nanti pucuk stabil.

Petua tanam pokok kesum yang ramai tak tahu, jimat masa!

Sebelum masukkan tanah, pastikan sumbu separuhlah daripada bekas. Maksudnya dia macam kat atas sikit macam ini (rujuk gambar). Ini kerana dia akan serap air ke tanah sampai ke atas.

Petua tanam pokok kesum yang ramai tak tahu, jimat masa!

Ini adalah tanah hitam campur kokopit dan sekam bakar.

BACA JUGA : 

Tamparan coach bola tampar menjadi, “kami terus menang straight set”

Dewan Bahasa Pustaka buat peribahasa khas sempena kekalahan Liverpool

Pasangan kena ‘rush’ dengan pejabat agama di hotel, “berguna juga kad nikah lepas 7 tahun”

 

 

Leave a Comment