Bila beli tauhu di kedai, mesti tak tahan lama kalau simpan di dalam peti ais.
Antara cara simpan tauhu yang boleh dicuba adalah dengan melakukan tips seperti dikongsikan oleh Azura Aris di laman Facebooknya.
Jelasnya, cara yang digunakan ini sangat berkesan dan tauhu boleh bertahan sehingga 2 minggu lebih. Kalau tak percaya, kena cuba!
CARA SIMPAN TAUHU TAHAN BERMINGGU DALAM PETI AIS
cara simpan tauhu
Caranya mudah sahaja iaitu:
1. Cuci tauhu kemudian rebus sampai terapung atau timbul biji kecil.
2. Tos dan biarkan sejuk.
3. Bila dah sejuk, simpan di chiller. Tauhu mampu bertahan selama lebih 2 minggu. Tak mudah rosak dan tak masam.
Selain tips yang dikongsikan di atas, boleh juga guna cara ini:
– Lepas beli, rendam sampai tenggelam guna air tapis. Tak ada air tapis boleh guna air mineral botol. Tahan sehinhgga sebulan.
– Goreng tauhu kemudian rebus di dalam air. Tos dan biarkan sejuk. Boleh simpan dalam bekas.
Mudah kan? Selain sedap, tauhu juga ada pelbagai khasiat antaranya adalah:
- Kaya dengan nutrisi
- Membantu kesihatan jantung
- Tulang yang sihat
- Mengurangkan gejala menopaus
- Meningkatkan sistem imun
- Mengurangkan risiko kanser tertentu
- Boleh mengurangkan risiko diabetes jenis 2
- Meningkatkan kesihatan kulit
- Membantu fungsi otak
- Membantu penurunan berat badan
- Boleh meningkatkan kesihatan buah pinggang
- Menurunkan paras kolesterol
- Membantu mencegah anemia
- Membekalkan semua asid amino penting
- Mengandungi asid lemak omega-3
- Wah! Boleh makan tauhu setiap hari nampaknya ni.