Petua bagi durian tahan lama, simpan setahun pun tak ada masalah. Durian yang juga merupakan raja buah mempunyai tinggi vitamin C berbanding buah-buahan tempatan yang lain.
Biarpun ada orang yang samakan bau durian ini bak keju bu suk, percayalah, ianya sebenarnya bukan sekadar ada rasa enak, malah penuh dengan khasiat kebaikan.
Jika tidak, masakan ketika wabak C0VlD-I9 tahun 2020, rakyat Malaysia telah memakan lebih 303 juta kilogram durian. Yang mana, nilaian itu bersamaan 75,000 ekor gajah.
Haa.. betulkan durian itu memang jadi ‘kecintaan’ rakyat Malaysia.
Siapa ‘hantu’ durian tu kalau ada bajet, boleh beli durian lebih dan simpan durian tersebut dalam freezer sementara masih musimnya ni. Bila mengidam tak susah-susah nak cari.
Mungkin di rumah memang ada pokok durian, elok juga simpan 3 atau 4 biji mengikut cara yang dikongsi oleh Nor Tipah Zakaria ini.
Ada tekniknya yang tertentu supaya durian kekal elok sehingga musim durian baru tiba. Rasa dan aromanya juga tetap sama dan tidak berubah.
Cara Simpan Durian Tahan Lama
Cara-caranya :
Sediakan plastik wrap dan bekas plastik.
Buka durian dan ambil sepangsa, lalu bungkus atau balut isi durian tadi dengan kemas menggunakan plastik wrap.
Kemudian letak dalam bekas plastik, tutup dengan kemas dan simpan di dalam freezer.
Sebab apa kena balut macam ni?
Kalau nak makan, tinggal ambil dan nyahbeku satu bungkus saja tanpa mengeluarkan semua durian dari freezer.
Kalau tak balut, nanti durian melekat susah nak keluarkan. Proses nyahbeku pun menjadi lambat.
Demikian perkongsian daripada Cik Puan Nor Tipah Zakaria.
Haa, tengah musim durian ni elok simpan banyak-banyak. Bila mengidam tak susah-susah nak cari, defrost je..
Nak buat niaga pun boleh ni. Bayangkan harganya ketika bukan musim durian. Masyukkkk!
BACA:Senarai duit Syiling Malaysia paling mahal dijual, ada yang bernilai RM700K satu
Cermin kereta kena pecah, tindakan pantas pemuda ini berjaya tangkap penyamun di SS14