Pernah tak anda dengar pantang larang atau petua dari orang tua-tua bila bercucuk tanam?
Ada yang kata, jangan bercakap masa tanam jagung, nanti isi buahnya jarang.
Ada juga cerita lucu, kononnya isi jagung tak penuh sebab tukang tanamnya bergigi rongak!
Walaupun kedengaran pelik, kepercayaan seperti ini masih wujud dalam masyarakat kita.
Namun, sebenarnya punca utama jagung berisi jarang adalah kerana pendebungaan yang tidak sempurna.
Bagi memastikan hasil tanaman jagung anda padat dan memuaskan, berikut adalah tip dari seorang graduan Sains Kimia yang kini bergelar petani moden dan CEO Ayam Belanda. Beliau berkongsi rahsia ini melalui TikTok:
Rahsia Pendebungaan Sempurna Jagung
Isi jagung yang padat bergantung kepada proses “kahwin” bunga jantan dan bunga betina.
Bunga Jantan: Bahagian atas (pucuk) pokok jagung, mengandungi debu halus.
Bunga Betina: Rambut halus pada putik jagung.
Langkah-Langkah Pendebungaan
Goncang Bunga Jantan
Goyangkan bunga jantan agar debunya jatuh ke bunga betina.
Tabur Debu
Kumpul debu bunga jantan dan taburkan ke atas bunga betina yang berbulu halus.
Waktu Terbaik
Lakukan pendebungaan antara pukul 8 pagi hingga 10 pagi, kerana waktu ini bunga jantan sedang mekar sepenuhnya dan debu pendebungaannya paling aktif.
Dengan teknik ini, anda boleh menikmati hasil jagung yang penuh, padat, dan setanding jagung pasar!
Selamat mencuba dan semoga tanaman anda menjadi!
BACA: Rupanya warga emas disebalik maskot, gigih cari rezeki bikin netizen sebak