Pesanan untuk peniaga, anda bakal dikompaun jika tak kibar Jalur Gemilang

Oleh MHDAILY

Pesanan untuk peniaga, anda bakal dikompaun jika tak kibar Jalur Gemilang. Premis perniagaan yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan ini akan dikenakan kompaun sebanyak RM250.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ia bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan dan nilai kemerdekaan dan sekali gus menyemarakkan tarikh keramat negara itu.

“Kita akan menyerahkan notis pemasangan Jalur Gemilang kepada premis perniagaan petang ini.

“Kompaun sebanyak RM250 akan diberikan kepada premis yang tidak mematuhi arahan memasang Jalur Gemilang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh 2022 di perkarangan pintu masuk Bangunan MBI di sini, hari ini.

Rumaizi berkata, bagaimanapun pihaknya mengambil pendekatan menasihatkan pemilik premis yang tidak memasang Jalur Gemilang.

Pesanan untuk peniaga, anda bakal dikompaun jika tak kibar Jalur Gemilang

“Pendekatan itu tertakluk di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan kerana melanggar syarat lesen seperti mana syarat-syarat am yang tertera di belakang setiap lesen premis perniagaan.

“Memang akan ada tindakan kompaun, tetapi biasanya kita akan menasihatkan pemilik premis terlebih dulu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga mengesyorkan semua penduduk untuk mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan ini.

“Apa yang penting semangat dan jiwa kita untuk menyambut Hari Kebangsaan itu lebih utama,” katanya.

BACA:

Teknik sebenar simpan kelapa parut, boleh tahan sampai 3 bulan

Selepas gelek di majlis Aqiqah, Ifa Raziah buat ‘live’ tahjud tengah malam

Peminat Billie Eilish dah mula beratur sejak 5am, konsert malam ni jam 8pm di KL