Peruntukan pembangunan pejabat MITI bernilai RM160 juta perlu ditangguh – Tun M

Peruntukan pembangunan pejabat MITI bernilai RM160 juta perlu ditangguh – Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kerajaan menangguhkan projek untuk pembangunan pejabat beberapa kementerian dalam Belanjawan 2021.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, peruntukan pembangunan pelbagai kementerian itu perlu ditangguhkan dahulu dan mengutamakan kepada perbelanjaan berkaitan COVID-19.

“Peruntukan pembangunan pelbagai kementerian dicatatkan meningkat 520 peratus, ini termasuk pembangunan pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) RM160 juta dan bangunan pejabatnya di seberang laut bernilai RM64.4 juta, RM231 juta pula bagi pembangunan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

“Bagi peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dinaikkan dari RM7.9 bilion pada 2020 kepada RM11.7 bilion (2021).

“Apa perlu RM1bilion daripada RM100 bilion untuk projek khas. Apa perlu RM125 juta bagi menaik taraf Kompleks Angkasapuri. Kita perlu tangguhkan projek ini,” katanya membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga cadangkan saiz Kabinet dikurangkan kerana jumlahnya terlalu besar sedangkan ada rakyat yang tidak dapat bekerja akibat COVID-19.

Katanya adalah lebih baik saiz Kabinet dikecilkan dan ini tidak akan menjejaskan perjalanan pentadbiran.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/753402/tangguh-projek-pembangunan-agensi-kerajaan-tumpu-covid-19

COMMENTS