Peruntukan kepada Kementerian Pengangkutan di peringkat jawatankuasa lulus

Oleh MHDAILY

Dewan Rakyat hari ini meluluskan peruntukan kepada Kementerian Pengangkutan di peringkat jawatankuasa dalam Belanjawan 2021.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan perkara itu selepas majoriti ahli Parlimen memberi sokongan menerusi undi belah bahagian.

“RM6.05 bilion diperuntukkan Kementerian Pengangkutan peringkat jawatankuasa dalam Belanjawan 2021 lulus dengan 109 setuju, 94 tidak bersetuju dan 17 tidak hadir dalam undi belah bahagi,” kata Azhar.

Baca Artikel Penuh