Persepsi media asing terhadap pengisytiharan darurat akan pengaruhi pelabur

Oleh MHDAILY

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memberi perkenan bagi permintaan darurat daripada kerajaan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan melahirkan kebimbangan mengenai persepsi dan mesej yang dihantar kepada pelabur menerusi beberapa laporan yang dibuat oleh media asing.

“Laporan beberapa media asing terkenal memberi gambaran bahawa pengisytiharan darurat Malaysia adalah bermotifkan politik dan bukannya untuk melawan Covid-19.

Baca Artikel Penuh