Persatuan hotel di Malaysia telah meminta kerajaan untuk menaikkan caj penginapan bilik yang dianggap rendah berbanding dengan caj yang dikenakan oleh negara jiran.
Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) menggesa kerajaan agar menangani kadar caj bilik hotel yang disifatkan jauh lebih rendah,
Di mana mereka mendakwa hotel lima bintang di Malaysia mengenakan caj antara RM320 hingga RM450 untuk satu malam.
Pengarah Eksekutif MAHO, Shaharuddin M Saaid, menyatakan bahawa kadar tersebut jauh lebih rendah berbanding
caj yang dikenakan oleh hotel lima bintang di negara jiran, iaitu sekitar US$400-500 atau RM1600-RM2000 untuk satu malam.
Sebelum ini, netizen juga tidak berpuas hati dengan peraturan yang diterapkan oleh kebanyakan hotel di Malaysia yang menetapkan waktu daftar masuk semakin lewat tetapi mempercepatkan waktu daftar keluar.
Seorang pengguna meluahkan rasa kecewa apabila hotel-hotel tempatan sering memberikan alasan yang tidak munasabah, menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk membersihkan bilik.
BACA: Patutlah nekad campak arwah Sabari Baharom, rupanya ini yang suspek buat dengan wang hasil samun