Perpisahan Mizz Nina dan Noh undang rasa sebak rakyat Malaysia, “dia pasangan idola kami..” Satu Malaysia semalam dalam kebingunan. Mana taknya, pasangan yang menjadi idola kepada majoriti rakyat Malaysia akhirnya umumkan penceraian mereka selepas 11 tahun bersama.
Ditambah pula denan kehadiran anak angkat sebagai penyeri bulan mac yang lalu.
“Artis lain aku tak sedih kalau bercerai, tapi yang ini memang lain.. mereka pasangan idola kami”, kata netizen di media sosial.
Pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengesahkan mereka sudah bercerai selepas 11 tahun berkahwin.
Perkara itu dikongsikan mereka menerusi hantaran di Instagram masing-masing, hari ini.
Noh, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh berkata, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik.
“Selepas berusaha dan memikirkan banyak pertimbangan, kami bersetuju untuk berpisah secara baik,” katanya.
Menurut Noh yang juga penyanyi kumpulan Hujan, dia dan Nina sudah diberkati dengan sebuah perjalanan yang dipenuhi detik indah, jatuh dan bangun bersama.
“Assalamualaikum. Saya dan Nina (isteri) mahu membuat satu pengumuman penting. Selepas melalui pelbagai cabaran dan berbincang, kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana berpeluang untuk menjalani kehidupan indah selama 11 tahun dan melalui pelbagai dugaan, jatuh serta bangun bersama-sama.
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Jangan risau, kami masih berkawan dan baik,” katanya.
Dalam masa sama, Noh berkata, semua yang terjadi sudah pun tersurat dan ditakdirkan Allah SWT selain memohon doa untuk kehidupan terbaik mereka selepas ini.
“Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Mohon doakan kami dapat menjalani kehidupan di sepanjang tempoh idah.
“Saya amat menghargai kalian yang menghormati privasi kami berdua,” katanya.
BACA:
Geram jiran suka buat bising, penduduk nekad conteng dinding rumah
Ejen mengamuk Neelofa jual inai Nunha di Shopee, “memang nak tutup periuk nasi kami ke?”