Pernah tak tertanya-tanya pasal ini? Mana Ultraman pergi lepas habis lawan raksasa
Tahukah anda, siri pertama dari watak adiwira Ultraman disiarkan pada tahu 1966?
Ini bermakna, watak Ultraman ini sudah lebih 50 tahun wujud dengan pelbagai varian baru Ultra diwujudkan
antaranya Ultraman Gaia, Ultraman Seven, Ultraman Ginga, Ultraman Saga dan banyak lagi.
Walaupun setiap varian watak Ultraman ini mempunyai perbezaan utama dari segi rupa bentuk, terdapat 1 persamaan antara kesemua watak Ultra ini. Sebaik sahaja menewaskan musuh, Ultraman ini akan terbang ke langit.
Apa sebenarnya yang berlaku?
Bagaimana Ultraman pulihkan kuasanya?
Ultraman menggunakan cahaya matahari atau sebarang cahaya terang untuk mengecas semula diri mereka sendiri. Ini berlaku pada tubuh mereka yang memiliki mekanisme penyerap cahaja semulajadi. Hampir 90% Ultraman mendapat tenaga mereka dari sumber cahaya atau matahari.
Di planet asal Ultraman pula, mereka mendapat tenaga daripada “Plasma Spark”.
Walau bagaimanapun, apabila jauh dari planet asal mereka, Ultraman terpaksa mendapatkan tenaga daripada cahaya matahari. Kelemahan terbesar mereka ialah planet seperti Bumi tidak mempunyai jumlah cahaya matahari yang diperlukan untuk mereka berfungsi untuk jangka masa yang lama.
Mereka bergantung kepada hukum “3 minit”. Selepas 3 minit, lampu sensor mereka akan bertukar warna (kebiasannya dari biru ke merah).
Kelemahan inilah yang memerlukan penciptaan “Color Timer” yang mungkin tidak sama untuk semua Ultraman. Ultraman tidak perlu makan dan minum untuk mendapatkan tenaga sebaliknya Ultraman menukar cahaya dan haba melalui kulit mereka untuk menghasilkan tenaga.
Untuk Ultraman yang berasal daripada planet M78, penyerapan tenaga dilakukan melalui tanda perak pada perisai mereka yang berfungsi seperti panel suria.
Walaupun keseluruhan kulit mereka mampu melakukan perkara ini, bahagian yang berwarna perak pada kulit mereka merupakan bahagian yang paling sensitif terhadap cahaya dan efektif.
Dalam siri Ultra Force, selepas pertempuran yang melelahkan, mereka terpaksa menerima rangsangan tenaga pada pancaran lampu yang terhad.
Mereka fokuskan cahaya itu pada tanda perak di tubuh mereka sehingga mereka mampu terbang meninggalkan atmosfera Bumi. Kemudian barulah sinaran matahari memulihkan sepenuhnya kuasa mereka.
Ultra Force ialah trio Ultra yang terdiri daripada Ultraman Scott, Ultraman Chuck dan Ultrawoman Beth yang datang ke Bumi dari Planet Altara di Nebula M78. Mereka pertama kali muncul dalam Ultraman: The Adventure Begins di mana mereka mempertahankan Bumi daripada raksasa dari Planet Sorkin.
Kenapa sesetengah Ultraman hanya boleh melepak 3 minit di bumi?
ultraman mebius ultra brothers
Semua Ultraman perlu mengawal penggunaan tenaga mereka sendiri kerana keupayaan mereka mengecas tenaga daripada cahaya matahari dihadkan oleh panel solar pada tubuh dan mekanisme masing-masing.
Walaupun semua Ultraman boleh serap cahaya, tidak semua Ultraman boleh menukar cahaya dalam atmosfera Bumi dengan baik. Bagi kes seperti Ultraman Seven sahaja yang membolehkan dia melepak di Bumi melepasi peraturan “tiga minit” kebiasaan kerana Ultraman Seven mempunyai panel suria tambahan pada badannya.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa had masa mereka hanya dilanjutkan sedikit sahaja. Dalam kegelapan penuh, mereka mempunyai sekatan tenaga yang sama seperti Ultraman lain. Selain itu, panel mereka tidak akan membantu mereka jika mereka menggunakan lebih banyak tenaga daripada apa yang mereka serap.
Dalam siri Ultraman Mebius & Ultra Brothers, diperlihatkan bahawa Ultraman hampir tidak pernah menunjukkan kuasa-kuasa terhebat mereka apabila berada di Bumi, sebaliknya bergantung pada teknik seperti Ultra Power dan Ultra Lifting yang biasa-biasa sahaja tidak menghabiskan tenaga mereka terlalu pantas.
Ultraman boleh overdosed cahaya matahari
Walaupun Ultraman amat memerlukan cahaya matahari sebagai sumber tenaga, ianya perlulah dalam kadar yang sederhana. Dos tenaga suria yang terlalu banyak dalam sesetengah kes boleh membunuh Ultraman.
Di tengah-tengah pertempurannya melawan Bemstar, Ultraman Jack memutuskan untuk mendapatkan tenaga secara langsung dari Matahari dengan terbang ke arahnya. Walau bagaimanapun, akibat terlalu dekat dengan matahari dan menyerap terlampau banyak tenaga diluar kemampuan simpanannya, Ultraman Jack telah pengsan.
Ultraman Jack hampir mati selepas pengsan dan hanyut ke dalam matahari, mujurlah Ultraman Seven menyelamatkannya. Namun Ultraman Seven juga pernah terbang ke matahari tanpa sebarang masalah, ini membuktikan Ultraman Jack pengsan adalah kerana badannya mempunyai had yang rendah terhadap cahaya matahari berbanding Ultraman yang lain.
Wujud Ultraman yang tidak perlukan cahaya
Ultraman Gaia dan Agul merupakan dua Pahlawan Ultra yang berasal dari planet Bumi dan mereka memperoleh kekuatan daripada “Mana”. “Mana” adalah tenaga kehidupan dan mereka mengumpulkannya masing-masing dari Bumi dan Laut.
Ini bermakna mereka tidak mempunyai had masa selagi kehidupan wujud di Bumi dan mereka secara semula jadi akan mendapat kembali tenaga mereka daripada persekitaran mereka di Bumi, lebih cepat daripada Ultra lain. Walau bagaimanapun, kekuatan mereka boleh terjejas oleh aktiviti berlebihan dan kecederaan.
BACA: Patutlah warga asing banyak duit dari rakyat Malaysia, rupanya ini 5 punca ramai tak tahu