“Permohonan berhenti bayaran zakat kepada saya..”, surat asnaf jujur ini kepada LZS dipuji

Oleh MHDAILY

“Permohonan berhenti bayaran zakat kepada saya..”, surat asnaf jujur ini kepada LZS dipuji. Seorang asnaf menulis surat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) memohon ditamatkan bantuan bulanan yang diterima selepas sudah sihat dan mampu menyara keluarga.

Menerusi surat bertarikh 25 Februari 2022, lelaki berkenaan membuat permohonan berhenti bayaran zakat ke atasnya kerana pendapatan harian yang diterima mampu menampung keluarga.

LZS menerusi kemas kini di Facebook pada Rabu berkata, sikap jujur lelaki berkenaan dipuji kerana tahu lebih ramai yang memerlukan bantuan daripadanya.

Menurut LZS, lelaki berkenaan sebelum ini terpaksa memohon bantuan zakat kerana terjejas pendapatan disebabkan masalah kesihatan.

“Walaupun berat hati namun beliau terpaksa memohon zakat kerana perlu berehat dan menjalani pembedahan esofagus atas nasihat doktor.

“Beliau sebelum ini bekerja sebagai pembaiki barangan elektronik berpendapatan sekitar RM1,300, menanggung tiga orang anak dan seorang isteri yang tidak bekerja,” menurut perkongsian di Facebook LZS pada Rabu.

Jelas kenyataan itu, setiap tahun LZS akan membuat semakan semula untuk setiap asnaf bagi melihat kelayakan, sama ada perlu penambahan bantuan atau tidak.

"Permohonan berhenti bayaran zakat kepada saya..", surat asnaf jujur ini kepada LZS dipuji. Seorang asnaf menulis surat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) memohon ditamatkan bantuan bulanan yang diterima selepas sudah sihat dan mampu menyara keluarga.

“Alangkah terkejut kami, apabila dimaklumkan sendiri olehnya ingin keluar (sebagai penerima bantuan) kerana keadaan sudah stabil dan menyatakan ada yang lebih layak menerima zakat berbanding beliau.

“Semoga ALLAH SWT permudahkan dan suburkan rezeki buatnya sekeluarga sepanjang zaman atas sifat jujur yang ditunjukkan. Moga menjadi teladan buat kita semua.

“Alhamdulillah, hasil zakat yang dikeluarkan oleh pengeluar zakat, kita dapat membantu keluarga tersebut sepanjang beliau tidak bekerja,” kata kenyataan itu.

BACA:

Maybank umum naikkan ‘interest’ bermula 13 Mei ini

Tular Coca-cola mengandungi alkohol, ini penjelasan JAKIM

Hapus hutang PTPTN adalah manifesto Pas, bukan PH – Nik Nazmi

Leave a Comment