‘Perlis dah liberal sekarang’, sekali respon Namron buat netizen geli hati

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Apa yang cuba disampaikan oleh pelakon senior, Namron? Dalam perkongsian terbarunya di Instagram, pelakon veteran,

Namron, telah menyiarkan satu video yang menunjukkan sebuah kedai pakaian dalam yang didakwa terletak di Perlis.

Perkongsian Namron ini didakwa mempunyai kaitan dengan kritikan yang dialami oleh filem La Luna yang disifatkan sebagai membawa agenda liberal.

'Perlis dah liberal sekarang', sekali respon Namron buat netizen geli hati

Ustazah Asma’ Harun sebelum ini telah mempersoalkan banyak aspek tentang filem tersebut yang dianggap tidak sesuai untuk ditonton oleh masyarakat Islam.

Disebabkan itu, Namron dengan cara berjenaka menyatakan bahawa Perlis juga turut menjadi liberal kerana terdapat kedai pakaian dalam.

“Tak tahu pula Perlis dah liberal sekarang, Oppss. – Tulis Namron”

Situasi yang digambarkan oleh Namron ini seolah-olah menyerupai apa yang berlaku dalam filem La Luna apabila sebuah kedai pakaian dalam wanita dibuka di dalam sebuah kampung.

BACA: “Aku fikir bila ada duit banyak, aku boleh beli apa aku mahu, boleh makan apa saja tapi aku tak boleh beli masa”