Perlahan-lahan melayu menyusup masuk sekolah cina, rupanya agenda bolot lima anugerah pelajar terbaik

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Seorang pelajar lelaki, Ahmad Khidir Ahmad Nazri, telah mencuri tumpuan ramai

selepas dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang pada majlis penganugerahan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, George Town, Pulau Pinang.

Melalui satu hantaran di TikTok yang dimuat naik oleh kakak Khidir, Fatimah Azzahra, dia meluahkan rasa bangga kerana

adiknya berjaya meraih lima jenis anugerah termasuklah jawatan Timbalan Ketua Pengawas,

Dan menduduki tempat pertama di kelas dan tingkatan, serta mendapat anugerah terbaik dalam mata pelajaran.

Perlahan-lahan melayu menyusup masuk sekolah cina, rupanya agenda bolot lima anugerah pelajar terbaik

Dalam perkongsian tersebut, Khidir dilihat sebagai satu-satunya pelajar Melayu yang berulang kali naik ke pentas untuk menerima penghargaan, yang sekaligus mengagumkan netizen dengan pencapaiannya yang cemerlang.

@itsazzahraaa So proud of you brother! Fly high and higher❤️ #brother #highschool @Khidir ♬ original sound – nde

“So proud of you brother! Fly high and higher,” tulis Fatimah Azzahra di ruangan kapsyen.

Ruangan komen dihujani dengan ucapan tahniah daripada netizen yang berbangga dengan kejayaan Khidir, yang secara tidak langsung memberi inspirasi kepada pelajar Melayu untuk terus berjaya dalam bidang pendidikan.

Khidir turut merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai atas sokongan dan doa yang diberikan kepadanya.

Dalam masa yang sama, dia menyeru kepada pelajar di luar sana agar belajar bersungguh-sungguh demi membanggakan keluarga dan guru-guru mereka.

BACA:Rahsia cikgu sekolah menengah terbongkar, pasang kamera pengintip di tandas perempuan